Thursday, January 21, 2010

Khusyuk Tengok TV



Apa yang khusyuk sgt tu syg??cartoon apa tu syg??sampai papa amik gambar pun tak sedar..

Control Ayu



Take 1: Control Ayu



Take 2: Dah tak berapa nak ayu..nmpak gigi hehe..
siap nak lari lagi time ambil gmbar

isk2 Ariena sorang nie..kalau nak amik gambar dia,mesti pandai posing punyer..siap control ayu lagi hehe..tapi satu take jer la..take kali kedua mmg dia gelak n tak jadi dah ayu dia..

Monday, January 11, 2010

Pagi Sabtu Yg Indah


Ariena:mama..apa nama pantai nie?


Mama: Pantai bersih syg..nape syg..


Ariena:Tak de mama..macam tak berapa nak bersih je..cuba mama tgk belakang tu!!
Mama:Kejap la syg..papa tgh amik gambar tu..tgk kamera dulu syg..


Ariena:Mama!!cantik kan pemandangan..mama rs papa tu ngantuk tak??
Mama:A'ah cantik syg..papa tu tak ngantuk lah..kan papa yg bwk kita dtg sini.


Ariena:Mama!!Ariena nak main air boleh??
Mama:Jap2..mama pegang syg yer..


Ariena:Mama!!air nak kena kaki Ariena..Ariena angkat kaki ye..
Mama: Tak yah la angkat syg..


Ariena:Tak mau..tak mau..(sambil dia angkat dua2 belah kaki dia)..mama jom balik..


Lokasi: Pantai Bersih (Bagan [Butterworth])

Jam : Sekitar 9 pagi lepas sarapan

Sebab2 ke situ : Pada pagi tersebut, Nur Ariena bagun pukul 6.30 pg..bagun bersama papa n mama untuk bersembahyang subuh..Camne erk budak kecik nie sembahyang!!!mesti lawak!!pastu dia tak nak tido dah..kemudian papa berdiskus bersama mama,kita p sarapan..mana la tau kot2 budak kecik nie nak tido semula..tp telahan kami meleset,Nur Ariena comel tak nak tido huhu,so papa pun tak boleh tido..papa amik keputusan g jln2..pastu dtg idea utk bw p jln2 tepi pantai..bukan main seronok dia (walaupun papa dia mengantuk huhuhu)..lepas balik dr pantai,baru dia tido yea2..akhirnya papa berjaya bg budak comel tido..

Wednesday, January 6, 2010

Anak papa dah besar!!

















Pejam celik,pejam celik kejap je dah besar anak aku sorang nie..start ngan tak tahu apa, sekarang ni dah macam2 dia bole buat huhu..mencabar sungguh..itu la pahit manis ngan anak nie..





Monday, January 4, 2010

Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar Naib Canselor Baru UiTM

PUTRAJAYA: Pengarah Pejabat Pengurusan Program, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah dilantik sebagai naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru berkuatkuasa hari ini (1 Januari 2010).

Pelantikan beliau adalah untuk tempoh dua tahun. Surat pelantikan beliau telahpun ditandatangani oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Prof Dr Sahol akan mengantikan Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah yang telah berkhidmat sebagai naib canselor sejak 1 Januari 2001.

Pelantikan Prof Dr Sahol juga boleh diibaratkan sebagai sirih pulang ke gagang memandangkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun di universiti itu dalam pelbagai kapasiti antaranya ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Dekan dan Ketua Kampus UiTM Pulau Pinang.

Jawatan terakhir beliau di UiTM ialah sebagai timbalan naib canselor (akademik) sebelum dipinjamkan ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2008.

Malah Prof Dr Sahol merupakan anak kelahiran UiTM sendiri. Beliau adalah graduan kejuruteraan awam UiTM, menyertai universiti itu pada tahun 1971 sehinggalah tamat pengajian diploma lanjutan kejuruteraan awam pada tahun 1976.

Beliau terus kekal di UiTM sebagai tenaga pengajar di Sekolah/Fakulti Kejuruteraan.

Pada tahun 1980, Prof Dr Sahol berjaya memperolehi dua ijazah sarjana sains serentak - satu dalam bidang kejuruteraan awam dan satu lagi dalam bidang ekonomi daripada Colorado State University, Amerika Syarikat.

Dan pada tahun 1992, beliau memperolehi ijazah sarjana kedoktoran dalam kejuruteraan awam daripada University of Sussex, United Kingdom.

Dengan kelayakannya itu, beliau telah diterima sebagai seorang jurutera profesional oleh Lembaga Jurutera Malaysia.

Beliau juga diterima sebagai Fellow di Institution of Engineers, Malaysia (1999) dan Fellow di Academy of Science, Malaysia (2003).

Pada masa yang sama beliau juga merupakan segelintir daripada tenaga pengajar dari Malaysia yang dilantik sebagai profesor di universiti antarabangsa.

Setiap tahun sejak tahun 2000, Prof Dr Sahol mengajar beberapa kursus pada peringkat ijazah lanjutan dan mengawalselia program penyelidikan Phd di Universiti Stuttgart, Jerman.

Di atas sumbangannya itu, beliau akan menerima ijazah doktor kehormat daripada Universiti Stuttgart pada November depan.

Sebagai tenaga staf akademik UiTM pula, Prof Dr Sahol bertanggungjawab dalam merancang, menyelia dan melaksanakan pembinaan 9 bangunan utama dan kampus termasuklah menara kembar 20 tingkat Kompleks Kejuruteraan UiTM, Masjid UiTM dan Hotel UiTM.

Beliau juga bertanggungjawab merancang, menyelia dan membina kampus Pahang, Melaka, Terengganu, Sarawak, Perlis dan Pulau Pinang.

Ketika beliau dilantik untuk mengetuai kampus Pulau Pinang, Prof Dr Sahol telah memperkenalkan program mendekatkan kampus dengan masyarakat melalui program tuisyen kepada murid-murid sekitar yang dikendalikan oleh pelajar UiTM sendiri.

Program ini menjadi sangat terkenal sehinggakan ketika perasmian kampus Pulau Pinang oleh perdana menteri, lebih 12,000 orang telah membanjiri kampus berkenaan.

Dengan kepakaran yang beliau ada, Dr Sahol telah dilantik untuk mengetuai Pejabat Pengurusan Program Kementerian Pengajian Tinggi yang bertanggungjawab untuk mentransformasikan universiti awam negara.

Program Apex iaitu Program Pemacuan untuk Kecemerlangan atau Accelerated Program for Excellence yang mana Universiti Sains Malaysia (USM) telah terpilih sebagai universiti yang pertama untuk menerajui program ini adalah merupakan salah satu daripadanya.

Beliau juga bertanggungjawab merangka Pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan juga agenda kritikal pengajian tinggi yang merupakan antara komponen terpenting pelan tersebut.

Pada masa yang sama, Prof Dr Sahol juga bertanggungjawab memperkenalkan program ePMO iaitu satu sistem yang dapat menjejaki perkembangan pelan strategik pengajian tinggi yang dilaksanakan oleh semua universiti awam negara termasuk KPI Kementerian.

EKSKLUSIF mStar Oleh ROZAID A. RAHMAN