Thursday, May 31, 2012

Masa Bersama Keluarga

Sejak students aku cuti awal bulan 4 yang lepas, masa aku ngan family aku memang singkat. Ingatkan time students cuti, aku boleh rehat2 n tumpukan pada apa2 yang patut sebelum students daftar semula bulan 6 nie..Nak dipendekkan cerita, tak sampai seminggu students cuti, aku dah kena attend mesyuarat lembaga fakulti kat Shah Alam.. Balik dari Shah Alam,mama pulak kena turun Petaling Jaya seminggu. Aku pulak minggu tu sibuk ngan team korporat buat tour promote UiTM kat students lepasan SPM..Lepas mama balik 2 hari ke Penang, aku pulak off ke Sepang seminggu. Bengkel exam matrikulasi pulak. Ingatkan balik dari Sepang boleh rehat, kena pulak p khidmat masyarakat kat Cameron Highlands. 3 hari jugak kat sana. Tup tup tinggal 2 ke 3 minggu lagi students baru nak masuk daftar..Memang bestla kan..Kesian kat anak aku Ariena..kejap2 je jumpa papa n mama dia..Sabar ye sayang..
Panjang tak mukadimah entry kali ni haha..lepas balik dari cameron aku dah bole relaks..terus plan nak bawa Ariena p jalan2..tempat pertama yang aku bawa dia p, adalah pantai batu Feringgi..time aku kat Sepang,sibuk dia talipon, dia cakap nak main pasir..so untuk merealisasikan impian dia,aku pun bawa la dia p sana..planning memang cantik..hari rabu aku bgtau kat wife aku,yang aku nak bw anak aku p sana..so wife aku pun plan nak masak2 n bawa p berkelah kat sana..aku cakap,bagus jugak kita pun lama dah tak makan2 kat pantai..
Nk dipendekkan lagi cerita, pada hari kejadian,wife aku mmg dah bagun awal untuk masak..dalam pukul 7.30 pagi,kami dah kejut Ariena bangun tido, dia tak nak bangun..tapi cakap nak p jalan2..dia pun bangun..sepanjang jalan,dia dok tanya.."papa,papa nak baby alan2 kat mana??"..Sampai je ke area pantai feringgi..dia dah tau yang dia boleh main pasir kat sana..bukan main seronok lagi..tapi yg tak bestnya pulak..air tgh pasang pulak hari tu...anak aku nie sepecial sikit..bab bunyi kuat2 dia mmg tak boleh nak dengar..dia takut...tapi bawa jugak dia main pasir...dia pulak main dalam keadaan takut..lawak gila aku tgk perangai dia....tapi apa2 pun jom layan je gambar yang aku sempat ambik.......................









No comments:

Post a Comment