Thursday, December 31, 2009

Selamat Datang 2010

Kejap je dah masuk 2010..mcm ada yang tak selesai je keje2 2009..itu la yang dikatakan masa..masa berjalan ngan pantas sekali..masa memang tak akan pandang belakang..masa akan terus berjalan sampai bila2..masa tak akan tunggu kita..

So kita pun jgn pandang ke belakang(bak kata director Ahmad Idham)..terus kehadapan..kita akan jumpa sesuatu dihadapan dan kita kena redha apa yang kita akan jumpa samada kejayaan ataupun kegagalan..yang penting kita muhasabah diri kita..InsyAllah kita akan selamat di dunia dan akhirat..semua ini ketentuan Tuhan..

SELMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010..moga azam kita untuk tahun 2010 akan tercapai..AMIN

Bayi perempuan kritikal didera

KUANTAN: Seorang bayi perempuan berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dipercayai didera ibu bapanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Kuantan, DSP Kamaruzzaman Jaafar berkata bayi berusia tujuh bulan itu mengalami pendarahan otak dan mata, sawan serta kesan lebam lama pada badannya dipercayai didera sepasang suami isteri berusia 20 dan 19 tahun di Lorong Perdana, Bukit Setongkol di sini sejak beberapa minggu lepas.

Katanya, kejadian itu dilaporkan oleh doktor yang merawatnya selepas pasangan terbabit menghantar anak perempuan mereka ke HTAA kira-kira 10 pagi semalam kerana bayi itu sakit.

"Pasangan itu mendakwa anak perempuan mereka terjatuh ketika didukung sehingga menyebabkan dia sakit namun doktor yang merawat bayi itu mengesyaki dia mungkin didera dan diabaikan sehingga sakit,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. - Bernama

Manusia jenis apa nie????sepatutnya mak bapak baby nie kena hukuman DERA sampai MATI..tak berhati perut langsung..iskk geram betul laa..

Monday, December 28, 2009

Kembali Berkerja

Alhamdullillah..hari ni aku kembali bekerja setelah seminggu bercuti..so aku ada seminggu lagi sebelum students lama daftar ke kampus..and lepas ni mmg bz balik la aku nie..hari ni pulak,ada students baru yang dah daftar dan menjalani kursus orentasi selama seminggu..kampus kembali menjadi bising ler..apa2 pun aku akan dok kat opis aku,and tgk apa lagi kerja yang tak siap dan perlu disiapkan by next week..

Wednesday, December 23, 2009

cuti

lama betul tak tgk blog nie..aku cuti seminggu..hujung tahunla katakan..so nak abiskan masa ngan anak n wife pulak..asyik kerja je..tension gak..aku start keje balik isnin depan..after krismas..hehe..best giler cuti nie..byk keje yang tertangguh dapat disiapkan..terutamanya nota2 untuk student..lega rasanyeee...apa2 pun aku akan try update blog nie..

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah

Selamat menyambut tahun baru hijrah kepada semua..

Hari ini aku berkesempatan mendegar ceramah Maal Hijrah di tempat aku bekerja..ceramah di sampai kan oleh seorang penceramah yang aku boleh katakan byk pengalaman dalam bidang ilmu agama..Dr Jamnul Azhar Mulkan..byk ilmu yang dia bagi masa ceramah tadi..bukan saja ceramah Maal Hijrah..dia siap melencong pasal ilmu keluarga..transformers..n mcm2 lagi..tapi best sgt..apa2 pun..apa yang dia bgtau pasal hijrah,mmg aku respect kat dia..dia buat ulasan yg mendalam pasal hijrah..so kita pun kena hijrah diri kita..dari jahat ke baik..dari baik ke lebih baik..dari lebih baik ke lebih22 baik..so fikir2 kn lah

Tuesday, December 15, 2009

Ariena tak brapa sihat



Nak tau cerita tak..hari Khamis baru nie,Ariena buah hati ku telah di jangkiti selesema..sian kat dia..tido dia terganggu,aktiviti harian dia pun terganggu..dia dok meragam jee..g amik ubat kat dia..kesian sgt la kat anak papa nie..tapi alhamdulillah,semalam (isnin)..dia dah beransur sihat..pagi td ms aku nak p kerja..dia dah sihat wallafiat..Alhamdullilah..i love u sayang ariena

Monday, December 7, 2009

Family Day Part 2

Alhamdulilah..family day mama berlangsung dengan jayanya..sekurang2nya dapat gak bercuti..tapi just simple percutian ler..duit pun tak keluar byk sgt hehe..

Bersambung blog hari tu..selepas ariena bagun tido..lama juga ler dia tido..kami sekeluarga g tgk org main api..wow..mcm stunt dlm tv..tp sygnye..Ariena tak nak tgk huhuhu..so byk la dia g mkn kat area lake town..

Esok paginye..bw lg Ariena berendam kat kolam..hehe..biar dia puas main..kalu tak puas,syg mandi kat kolam umah kita yee..

Selepas semua selesai baru la kami bertolak balik ke rumah..bye2 bukit merah..

Saturday, December 5, 2009

Family Day UniKL Kulim

Alhamdulillah,sekarang nie kami berada di Bukit Merah untuk program family day tempat mama kerja..grand jugak family day nie..paling best,semlm ada dinner kat ballroom resort..siap ada karaoke lagi..yang paling best lagi,budak kecik Ariena nie memang tak duduk diam...cuba bayangkan,time ustaz tgh baca doa kat depan pentas..Ariena dari tempat duduk kami kt tgh2 dewan,tetiba je lari kearah depan..siap nak pentas berjoget..wah2 my girl seorg nie..mmg nak glamer kan mama dia..malu gila kami,time bc doa..semua org tgk dia berjoget kat depan hahaha..tergelak besar kami..mama pun cepat2 lari kedepan n tangakp dia..masa nak tangkap dia..dia ingat kot mama nak main dengan dia..so terjadi la acara kejar mengejar kat depan..nak buat mcm mana..itu la Nur Ariena hahaha..nmpk mcm diam je..tapi....hehehe..

Pagi td ada acara sukaneka..mama jd AJK bahagian game..so sibuk sikit la..aku n Ariena just main kat pdg sekejap je..pastu Ariena ngantuk,so bw dia naik tido..

sebelum aku tulis blog nie..kami baru lepas bw Ariena mandi pool..siap pakai pelampung lg budak kecik nie..sekarang nie dia tgh tido..penat sgt kot main...mlm nie nak p tgk org main api plak kat resort bukit merah...to be continued.................

Wednesday, December 2, 2009

AKU...

Entahlaa..tetiba pada satu pagi yg indah,aku dikejutkan dengan suara anak2 laki tuan aku..aku dgr diorg cakap pasal hari raya..tapi tak pasti raya apa la pulak..rasanya baru je lepas hari raya..Aku tgk sorang daripada anak tauke tu memandang aku dengan pandangan sedih..ooo baru aku sedar,aku akan dihantar ke sebuah rumah dikawasan kampung ku jugak..harapan aku,dapat la aku menikmati keindahan tempat lain pulak..

pada ptg hari aku telah dibawa menaiki sebuah lori yang tak kurang hebatnya..lori beroda 4 dan baunya sgt busuk..mcm aku jugak laa..tapi aku tak kisah lahh..janji aku dapat tuan yang baru..aku tiba disebuah rumah tidak jauh dari rumah tuan lama aku..rumah tu sgt cantik..ada ukiran lama n aku rasa rumah ni pasti dah bertahun2 lama..pandai tuan rumah ni menjaga keaslian rumah nie..

Aku dibawa turun dari lori..aku rasakan kurang selesa dengan tempat ini..apa yang akan berlaku pada diri ku?persoalan yg bermain di fikiranku..aku tak nak turun dari lori..tapi dipujuk juga oleh anak2 tuan lama aku..akhirnya aku mengalah..aku ditempatkan disebuah tempat yang aku rasakan kurang selesa..tapi ini la nasib aku..aku terima ketentuan Tuhan..aku ditempatkan ditempat yang tidak ada bumbung,hanya diteduhi oleh sebuah pokok yg sgt tinggi..aku tak pasti pokok apa..harap2 jgn la pokok durian..timpa buah durian,sakit la aku..aku memerhati sekeliling tempat baru aku..aku nmpk buah durian dikwasan tidak jauh dari tempat aku..ohhh aku duduk dibawah pokok durian rupanya..habis la aku..harap2 musim durian dah tamat laa..aku berkata dalam hati..

Selama 2 hari aku disitu,aku hanya dijamu mkn makanan biasa sahaja..tuan aku membekalkan air secukupnya kat aku..aku ingat lg..pada ptg hari ke 2 aku dirumah tuan baru aku..hujan turun agak lebat..aku kesejukkan..aku hnya dapat merenung nasib aku sahaja..dan persoalan sama timbul..apa akan jadi pada diri aku..aku tak tahu..hanya tuhan yg tahu..pada hari tersebut juga..aku dapat mendengar takbir dari Masjid yang berdekatan..hari raya rupanya hari ini..patutla aku tgk byk sgt kereta di rumah tuan aku ni..mungkin anak2 balik kot..ramai jugak anak2 kecil yg comel2 dtg kearah ku dan hanya melihat aku dari jauh..tidak dibenarkan mendekati aku..aku hanya merenung dari jauh..

hari yg berikutnya..cuaca panas..aku tgk ramai yg duduk menghampiri aku..ada yang memakai topi, ada yang berseluar pendek,ada gak kaum2 ibu tgh memangku anak2 kecil,ada jugak yang hanya memakai kain pelikat..aku tak tahu apa yg akan diperlakukan kepada aku..tetiba aku ditarik kaki belakang..aku cuba meronta2..kemudian aku rasa ada orang memegang bahagian belakang aku..ohhh aku sudah jatuh kebumi..Ya Allah..aku akan dikorban kan rupanya..aku akan disembelih sekejap lagi..aku pasrah..aku dijalan yang benar..aku cuba meminta tolong..tapi sapa yang akan tolong aku..tak da sapa yang paham aku..tetiba aku rasa aku dihimpit dengan org yang begitu ramai..keempat2 kaki aku sudah diikat..tetiba aku rasa leher aku ditusuk oleh satu benda yang sgt tajam..Ya Allahh...

Nasib 'AKU' seekor lembu..