KUANTAN: Seorang bayi perempuan berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dipercayai didera ibu bapanya.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Kuantan, DSP Kamaruzzaman Jaafar berkata bayi berusia tujuh bulan itu mengalami pendarahan otak dan mata, sawan serta kesan lebam lama pada badannya dipercayai didera sepasang suami isteri berusia 20 dan 19 tahun di Lorong Perdana, Bukit Setongkol di sini sejak beberapa minggu lepas.
Katanya, kejadian itu dilaporkan oleh doktor yang merawatnya selepas pasangan terbabit menghantar anak perempuan mereka ke HTAA kira-kira 10 pagi semalam kerana bayi itu sakit.
"Pasangan itu mendakwa anak perempuan mereka terjatuh ketika didukung sehingga menyebabkan dia sakit namun doktor yang merawat bayi itu mengesyaki dia mungkin didera dan diabaikan sehingga sakit,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. - Bernama
Manusia jenis apa nie????sepatutnya mak bapak baby nie kena hukuman DERA sampai MATI..tak berhati perut langsung..iskk geram betul laa..
Thursday, December 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment