Wednesday, December 2, 2009

AKU...

Entahlaa..tetiba pada satu pagi yg indah,aku dikejutkan dengan suara anak2 laki tuan aku..aku dgr diorg cakap pasal hari raya..tapi tak pasti raya apa la pulak..rasanya baru je lepas hari raya..Aku tgk sorang daripada anak tauke tu memandang aku dengan pandangan sedih..ooo baru aku sedar,aku akan dihantar ke sebuah rumah dikawasan kampung ku jugak..harapan aku,dapat la aku menikmati keindahan tempat lain pulak..

pada ptg hari aku telah dibawa menaiki sebuah lori yang tak kurang hebatnya..lori beroda 4 dan baunya sgt busuk..mcm aku jugak laa..tapi aku tak kisah lahh..janji aku dapat tuan yang baru..aku tiba disebuah rumah tidak jauh dari rumah tuan lama aku..rumah tu sgt cantik..ada ukiran lama n aku rasa rumah ni pasti dah bertahun2 lama..pandai tuan rumah ni menjaga keaslian rumah nie..

Aku dibawa turun dari lori..aku rasakan kurang selesa dengan tempat ini..apa yang akan berlaku pada diri ku?persoalan yg bermain di fikiranku..aku tak nak turun dari lori..tapi dipujuk juga oleh anak2 tuan lama aku..akhirnya aku mengalah..aku ditempatkan disebuah tempat yang aku rasakan kurang selesa..tapi ini la nasib aku..aku terima ketentuan Tuhan..aku ditempatkan ditempat yang tidak ada bumbung,hanya diteduhi oleh sebuah pokok yg sgt tinggi..aku tak pasti pokok apa..harap2 jgn la pokok durian..timpa buah durian,sakit la aku..aku memerhati sekeliling tempat baru aku..aku nmpk buah durian dikwasan tidak jauh dari tempat aku..ohhh aku duduk dibawah pokok durian rupanya..habis la aku..harap2 musim durian dah tamat laa..aku berkata dalam hati..

Selama 2 hari aku disitu,aku hanya dijamu mkn makanan biasa sahaja..tuan aku membekalkan air secukupnya kat aku..aku ingat lg..pada ptg hari ke 2 aku dirumah tuan baru aku..hujan turun agak lebat..aku kesejukkan..aku hnya dapat merenung nasib aku sahaja..dan persoalan sama timbul..apa akan jadi pada diri aku..aku tak tahu..hanya tuhan yg tahu..pada hari tersebut juga..aku dapat mendengar takbir dari Masjid yang berdekatan..hari raya rupanya hari ini..patutla aku tgk byk sgt kereta di rumah tuan aku ni..mungkin anak2 balik kot..ramai jugak anak2 kecil yg comel2 dtg kearah ku dan hanya melihat aku dari jauh..tidak dibenarkan mendekati aku..aku hanya merenung dari jauh..

hari yg berikutnya..cuaca panas..aku tgk ramai yg duduk menghampiri aku..ada yang memakai topi, ada yang berseluar pendek,ada gak kaum2 ibu tgh memangku anak2 kecil,ada jugak yang hanya memakai kain pelikat..aku tak tahu apa yg akan diperlakukan kepada aku..tetiba aku ditarik kaki belakang..aku cuba meronta2..kemudian aku rasa ada orang memegang bahagian belakang aku..ohhh aku sudah jatuh kebumi..Ya Allah..aku akan dikorban kan rupanya..aku akan disembelih sekejap lagi..aku pasrah..aku dijalan yang benar..aku cuba meminta tolong..tapi sapa yang akan tolong aku..tak da sapa yang paham aku..tetiba aku rasa aku dihimpit dengan org yang begitu ramai..keempat2 kaki aku sudah diikat..tetiba aku rasa leher aku ditusuk oleh satu benda yang sgt tajam..Ya Allahh...

Nasib 'AKU' seekor lembu..

No comments:

Post a Comment