Wednesday, February 22, 2012

Muzium

Toy's Museum. Sebenarnya dah lama dah cerita nie. Saja nak berkongsi cerita. Toy's Museum telah diiktiraf sebagai yang terbesar sekali di dunia.

"Reputed as the largest of its kind in the world, the Museum house over 100,000 toys, dolls and others fun collectibles. It has also entered Malaysia Book of Records as the first toy museum in the country and with the largest toy and figurine collection."

Kami pun tak terlepas peluang nak p tgk. Mmg byk toy dalam tu. Mcm2 jenis ada dalam tu. Tapi bg aku, tempat dia tak terurus sgt. So far ok la dgn bayaran yang dikenakan. Anak aku Ariena mmg suka sgt. Dapat tgk karektor cartoon yg dia suka. Aku pun apa kurangnya. Minat juga dengan toys nie. So jom layan gambar. Byk yg aku ambik,tp malas nak upload byk2...........
























Watak yang Ariena paling suka....

Friday, February 10, 2012

Netball









Baru-baru nie,dalam 2 minggu lepas, mama ada program kat KL. Mula2 dia bgtau kat aku nak g sana, aku ckp malas nak ikut. Aku suruh dia drive sendiri g sana. Pastu dia ckp, program nie akan dibuat di pusat sukan UM (universiti Malaya), terus aku cair. Tempat jatuh lagikan dikenang. Terus aku apply cuti (walaupun students tgh bz test) haha. Program yg mama join nie pun bukan calang2 program. Dia kena bw students dia untuk pemilihan pemain netball mewakili malaysia untuk world cup. Kalau diorg terpilih, boleh g Africa. Wife aku nie jd manager merangkap jurulatih pemain UniKL.
Best jugak tgk lawan netball nie. Ada peluang tgk diorg main peringkat nasional. Pengadil pun pengadil malaysia. Pemain2 yang main mewakili U masing2 mmg professional. Dah la masing2 mempunyai ketinggian macam model2.
Tapi yg paling best,aku dapat jln2 kat UM. Dah lama tak g sana. Teringat kenangan2 lama time belajar kat sana. Harap pelajar2 wife aku ada yg terpilih nnti. Aminn

Wednesday, February 8, 2012

Cerita Basi 2012






Lama sgt tak post entry kat blog nie. Tp tak pe, kalau ada masa and ada bende nak cerita, akan aku usahakan untuk menulis kat blog nie. Ok, tahun baru nie,aku nak mulakan dengan cerita sambutan tahun baru kami sekeluarga. Walaupun cerita nie mungkin dah basi, tapi nak cerita jugak haha.
Sambutan tahun baru kami kali nie kat KL la. Mmg plan nak p sana sebab Nur Ariena (anak aku) nak tgk bunga api kat sana (walaupun dia takut dengan bunga api). Kami sampai KL awal(sbb ada kerja yg perlu diselesaikan). Pastu mlm pertama kami lepak kat umah abg aku area cheras. Best kat sana,abg aku belanja mkn kat restoren Kelantan. esok tghhari barulah kami bertolak ke tempat penginapan kami kat tgh2 KL. Check in pukul 11 pagi. Ingatkan diorg tak bg check in awal. Aku g tnya counter,diorg cakap bilik dah ready, so apa lg,terus masuk lah. Mcm biasa,bilik mesti mngadap KLCC supaya objektif tercapai,nak bg anak aku tgk bunga api kt KLCC.
Hari sebelum tahun baru,kami naik ketaapi jln2 area KL. Mcm2 tempat kami,sampai anak aku penat. Bygkan dia penat sgt,tido from 3 pm to 7.30pm. Nak mandi kolam pun tak sempat. So mlm tu prepair nak tgk bunga api.tepat kul 12.00 mlm. Kami tgk bunga api from hotel kami. Mmg meriah sgt. Kalu ada rezeki lg hujung tahun nie,nak sambut New Year kat tmpt lain plak.

Monday, October 31, 2011

TUJUH "C"

‎7C Sebab Suami Benci Isteri:

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri.... Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...


C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...


C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...


C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renungkanlah.....

Tuesday, October 4, 2011

Menarik Untuk Dikongsi Bersama




BERIKUT IALAH TRANSKIRP PENUH INTERBIU DENGAN TAN SRI TONY FERNANDES:


Air Asia kembali jadi perbualan ramai sejak umum kerjasama dengan MAS, ada banyak khabar angin, sebab itu kami mahu tanya sendiri semuanya dengan Tan Sri?

Ya, ada banyak khabar angin (mengenai Air Asia) antaranya kononnya dimiliki Tun Daim Zainudin dan lain-lain, selama ini saya tidak mempedulikannya, tetapi selepas kita bertemu, saya fikir, ya mengapa tidak dijelaskan saja.

Termasuk soal kerjasama MAS-Air Asia, saya tidak kisah untuk bercakap mengenainya, mengenai Wee Cho Keong (ahli parlimen Wangsa Maju), mana informasi yang dia dapat, semuanya mengarut.

Dia telah ‘menyerang’ kami (Air Asia) sejak lima tahun lalu, tanpa saya tahu sebabnya, (mungkin) satu kapal terbangnya lambat… hmmm (ketawa).

Hari ini kamu tanya saya apa saja, Kalimullah, apa saja yang kamu mahu tahu, Tun Daim, Ananda Krisnan, KJ (Khairy Jamaluddin) semuanya.

Mungkin Tan Sri boleh ceritakan dari awal, bagaimana ia bermula, siapa yang terlibat dan yang berkaitan dengannya?

Saya dan Kamaruddin berdua pada mulanya, Kamaruddin saya kenal melalui Roslan Aziz, dulu saya bekerja dalam industri hiburan, bila saya balik (dari England) tidak ada musik tempatan, hanya ‘Mat Saleh musik’.

Kami mulakan musik tempatan, dengan Jamal Abdillah, Salem, dan Zainal Abidin, saya kenal dengan Roslan Aziz dan Roslan perkenalkan saya dengan Kamarudin.

Sampai satu hari saya jemu berkerja dengan orang asing, saya terfikir hendak buka syarikat penerbangan, dan Kamarudin adalah orang yang tidak ketawa dengan idea saya.

Dia orang yang terlibat dengan dunia kewangan. Jadi saya beritahu, boleh pergi cari RM20 juta, kita perlukan.

Mengapa syarikat penerbangan yang jadi pilihan anda?

Bila saya bersekolah di England, ayah saya hantar saya ke sana ketika berusia 12 tahun, tidak ada siapa yang menunggu di lapangan terbang, saya perlu menaiki bas ke sekolah itu, saya lakukan sendiri. Dan bayangkan ketika itu, bila saya sampai ke lapangan terbang, semua orang berkulit putih… kah kah kah (ketawa).

Ketika itu tidak ada telefon bimbit, perlu guna telefon awam, saya telefon emak tanya, boleh saya balik masa cuti penggal, emak saya kata, tidak boleh kerana (tiket penerbangan) terlalu mahal.

Dari saat itulah, saya terfikir, satu hari perlu buat penerbangan murah, perkara itu sentiasa ada dalam fikiran saya.

Ibu saya ketika muda memulakan perniagaan Tupperware di Malaysia, banyak staf saya kini adalah bekas pekerja ibu saya.

Saya selalu ikut dia terbang ke sana-sini untuk perniagaannya, jadi konsep penerbangan tambang murah ini sentiasa bermain di fikiran.

Bila saya berhenti dari Warner Music, saya duduk di bar dan lihat iklan Easyjet (syarikat penerbangan murah England) dan saya terfikir wow, idea ini bagus.

Kemudian saya pergi ke lapangan terbang Luton, sunguh mempersonakan, boleh terbang ke Barcelona tambah lapan pound, ke Paris 10 pound.

Saya jumpa Kamarudin dan beritahu hendak buka syarikat penerbangan, dia tak kata ‘idea bodoh’ atau seumpamanya, dia kata okay.

Kami jumpa, saya terangkan kepadanya, dia kata, okay, saya join, dan kemudian tanya, apakah saya nak gunakan duit saya sendiri, saya kata ya, dia kata okay, saya setuju kita bahagi 50-50, saya kata ini idea saya bagilah saya 51, dia kata okay. Selesai.

Kemudian saya ajak Aziz Bakar sertai kami, kami bertiga dengan modal RM 1 juta, (Aziz tak letak duit). Kami mula duduk bersama, dan mula buat bisnes plan.

Ia agak mengejutkan sebab kami semua tidak ada pengalaman dalam dunia penerbangan. Kami dapat dari internet.

Kemudian, kami jumpa dengan Datuk Pahamin (Ab Rajab) (bekas Ketua Pengarah Jabatah Pengangkutan Jalan) kami pernah berkerjasama hapuskan cetak rompak ketika saya masih dalam industri hiburan.

Kami jumpa (bertiga) dan makan roti canai, kemudian Aziz buka cerita, “eh macam mana kita hendak dapat lesen penerbangan? “ Kami semua saling berpandangan, “Yalah macam mana hendak dapat lesan penerbangan..” sudah tentu tak boleh dibeli di kedai… kah kah kah (ketawa)

Kemudian Kamaruddin kata “Kita perlukan sokongan politik,” sekali lagi kami saling berpandangan… kami tak kenal siapapun… kah kah kah

Kami kemudian pergi jumpa Datuk Pahamin, terangkan kepadanya, dia suka idea itu dan setuju, dia ada pengalaman dalam Kementerian Pengangkutan, bila timbul soal lesen, dia kata, kita perlu berjumpa Perdana Menteri Dr Mahathir.

Jun 2001, kami bertiga saya, Aziz dan Pahamin, Kamarudin tidak dapat sertai.

Saya sampai awal, ketika sampai, pagar pun belum buka, tidak lama kemudian, bila boleh masuk, kami duduk menunggu sampai ada orang datang, mereka kenal Aziz, dan tanya “Jumpa PM sebab cetak rompak ke?” kah kah kah

Semua orang kenal kami sebagai orang dalam industri hiburan, tapi Aziz kata “Tidak kami mahu buka syarikat penerbangan,” “semua ketawa” kah kah kah.

Semasa kami menunggu, ada pegawai PM beritahu, hari ini bukanlah hari yang baik untuk bertemu PM, saya tanya mengapa, katanya, temujanji pertama PM hari itu adalah dengan pembangkang.

Ia berhubung isu sakit belakang Anwar Ibrahim yang dipenjara ketika itu, yang hadir jumpa PM termasuk ketua pembangkang Datuk Fadzil Noor.

Saya diam, kemudian diberitahu, temujanji kedua PM hari itu adalah dengan MAS, wah lengkap, mula-mula pembangkang kemudian dengan MAS, kamu bayangkan…kah kah kah (ketawa)

Saya terfikir hendak tulis semula CV dan pergi ke BMG Music… hahaha

Ketika beliau masuk ke pejabat PM, luas sungguh, Dr Mahathir kamu tahulah, dia serius orangnya dan terus berkata, “I’m sick, make it fast,”.

Saya terfikir, mula-mula pembangkang, kemudian MAS dan kini PM kata dia tidak sihat. Hahaha, lengkap.

Saya fikir habislah, saya tidak bercakap soal cadangan kami lagi, sebaliknya, sebagai orang dari industri hiburan, saya beri PM satu CD album terbaru SM Salim dan Siti Nurhaliza, rakaman terakhir saya, saya tahu PM peminat SM Salim.

Bila hilang kekok, baru saya bentangkan cadangan saya, Dr Mahathir tidak kata apa-apa, dia hanya senyum sikit bila saya bergurau tentang Singapura, tetapi akhirnya, kami semua terkejut, kerana PM tahu semuanya tentang penerbangan tambang murah.

PM kata dia suka lihat kesungguhan kami, walaupun latar belakang kami bukan dari industri penerbangan, tapi kami menunjukkan kesunguhan, dan dia yakin akan berjaya.

PM akhirnya kata, “Saya tidak ada masalah dengan idea kamu…” kami semua teruja dengan komen dia untuk setengah minit, dan kemudianya dia kata “Tapi… kamu kena ambil alih syarikat penerbangan yang ada, ada dua syarikat penerbangan yang gagal, kamu kena ambil alih yang sudah ada…”

Pertemuan berakhir, kami keluar dan berfikir, duit ada sejuta sahaja, macam mana hendak beli syarikat penerbangan, tapi saya positif.

Kami pergi ke Pelangi Air, anak syarikat milik kerajaan Terengganu, tapi kami dapati sukar untuk baik pulih syarikat itu.

Entah bagaimana, satu hari saya sedang bermain golf saya terlihat kawan lama DRB Hicom, saya teringat tentang Air Asia kepunyaan mereka, saya tanya kepadanya, dia soal semua, “kamu mahu membelinya? Esok pun boleh…kami tidak mahukannya”

Kemudian kami atur pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi DRB Hicom, konsisten, mereka mahu jualnya, mereka tanya saya berapa saya hendak beli, saya bergurau RM1, ya kata mereka esok kamu boleh ambil alih.

(Nota: Ketika itu Air Asia ada hutang sebayang RM40 juta, dengan dua pesawat dan 254 kakitangan)

Kami setuju dan tandatangan perjanjian pada 8 september 2001, 10 tahun dulu.

Kami tiada modal, saya dan Kamaruddin cagarkan rumah kami pada bank untuk cari modal.

DRB Hicom banyak membantu kami diperingkat permulaan, saya perlu nyatakannya.

Kami syarikat penerbangan berlandaskan syariah sebenarnya. Kami satu-satunya penerbangan yang tidak menjual alkohol di rantau ini.

(Ahmad Faizul) ini antara paling awal sertai kami. Dia buat macam-macam tugas, pengurus kabin crew dan lain-lain. Dia dari MAS, sekarang dia jaga komunikasi saya.

Dia bacth yang ke lapan, satu sampai tujuh staf asal ketika bersama DRB Hicom lagi, dia yang ke lapan, dan kini kami ada 127 bacth dalam masa sepuluh tahun.

Saya ingin tekankan bahawa, kami syarikat 1Malaysia dari awal lagi, dan kami juga syarikat bumiputera, ini bukan Ali-baba, Kamaruddin, Aziz Bakar dan Datuk Pahamin adalah pemegang saham yang aktif dan kami kawan.

Kalau kamu lihat Pegurus Kanan Air Asia kamu dapati ramai bumiputera, tapi tidak pernah terfikirkannya, dan kami tidak bercakap soal kaum di sini, semua dinilai kerana merit masing-masing.

Majoriti staf adalah bumiputera. Pembahagian tugasnya mudah, Kamarudin jaga kewangan dan korporat, Aziz Bakar jaga PR, dan saya jaga marketing dan operasi.

Apa laluan penerbangan yang mula-mula anda perolehi?

Memula-mula saya dapat laluan ke Langkawi, kemudian dapat Pulau Pinang dan selepas dua tahun kami beroperasi semuanya jadi lebih mudah. Pada kami orang ramai, rakyat yang banyak membantu kami.

Kerana sebelum itu sukar untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan (mahal). Orang ramai yang berjuang untuk kami. Sebenarnya orang pertama yang membantu kami dari segi media adalah Rokcy Bru (Ahtirudin Atan) dan NST.

Dia adalah editor Malay Mail, saya duduk dengan beliau, dan beliau banyak membantu, juga Utusan dan Berita Harian, Datuk Manja Ismail. Aziz Bakar kenal mereka ini semua.

Apa cabaran-cabaran yang anda hadapi?

Macam-macam, antaranya Sars (virus), selsema burung, orang takut untuk terbang, semasa Sars (kematian pertama rakyat Malaysia pada 5 April 2003) yang menjadi bukti semangat Air Asia tidak luntur. Kebanyakkan syarikat penerbangan kurangkan pengiklanan.

Kami pertingkatkan iklan, saya tahu orang ramai, mereka mahu tambang murah, jika RM800 ke Kota Kinabalu, mereka akan fikirkannya, tetapi jika tiketnya hanya RM80, tiada yang kisah tentang virus sars. (ketawa)

Penumpang tidak penuh, tetapi okay. Juga masa bom Bali (Disember 2002), ramainya batalkan penerbangan, kami dan NST lancarkan kempen bersama. Kami selalu lawan cabaran ini.

Bagaimana anda membina syarikat ini?

Kami membina jenama, tidak ada syarikat Malaysia yang melabur seperti kami, kami taja MU, pengadil, Formula 1, LA Rangers, kamu tidak boleh pergi dari 200,000 penumpang kepada 30 juta penumpang tanpa melabur.

MAS perlu membina jenamanya.Taja golf atau apa saja, Emirates ada di mana-mana. Kamu potong kos di sana sini, dan akhirnya kamu tiada keuntungan, tiada gunanya.

Syarikat Malaysia kurang pentingkan pembangunan jenama, kami sebaliknya, saya ke Liga Perdana Inggeris, bentangkan kepada mereka mengapa perlu menyokong syarikat Malaysia.

Ini kerana rakyat Malaysia sudah menonton Liga Perdana Inggeris sejak 60 tahun dulu.

Membina jenama adalah amat penting pada syarikat yang ingin berkembang, ketika kami menaja MU, saya dan Kamarudin ke Old Trafford, kami tidak menonton perlawanan, kami menonton papan iklan… hahaha wow Air Asia.. haha.

Kami bawa pasukan MU dalam penerbangan kami. Itulah kali pertama semua pemain hendak ikut serta dalam program bersama penaja, kerana apa? Kerana ada 25 gadis cantik (kabin krew Air Asia) yang melayan mereka sepanjang penerbangan… hahaha

Kami melabur banyak pada membina jenama.

Bagaimana timbul cerita Air Asia dan Khairy Jamaludin…?

Oh KJ, okay saya ceritakan, saya tidak mengenalinya, hinggalah kami bertemu di satu majlis rumah terbuka, kami berbual, kemudian dia datang bertemu saya untuk pasukan bola My Team.

Dia kata bolehke kami bawa pasukan My Team ke Old Trafford… saya kata idea hebat, kerana idea pada kami adalah tentang impian… dan dari situlah masalah bermula.

Orang kata itulah linknya macam-macam. Sebenarnya kami tidak dapat apa-apa, apa yang kami perolehi kebanyakkannya di zaman Dr Mahathir dan Datuk Seri Najib, di zaman Pak Lah hanya sedikit.

Bukankah Air Asia dapat laluan antarabangsa di zaman Pak Lah?

Tidak, laluan antarabangsa pertama kami ketika zaman Dr Mahathir. Laluan yang kami dapat di zaman Pak Lah adalah KL-Singapura (yang jadi kontroversi).

Jadi cerita KJ hanyalah tentang bolasepak. Memang kami melobi, kami melobi semuanya. Kami perlu melakukannya untuk survive.

Kami dikecam kerana saya rasa apabila kamu mengecam Air Asia kamu dapat banyak publisiti. Kami adalah syarikat orang ramai.

Lembaga pengarahnya orang yang sama sejak awal. Tidak ada (Tun) Daim, Mohzani (Mahathir) Nazir Razak, semua yang dilinkan dengan kami. Lembaga pengarahnya orang yang sama.

Timbul cerita anda proxy kepada Ananda Krisnan kerana AK pada setiap pesawat?

AK sebelum masa saya ambil alih. DRB Hicom pilih AK, bila mereka mulakan Air Asia, ada AA, AB, AC… AA ialah American Airlines, AB kepunyaan orang lain, AC Air Canada… dan mereka dapat AK, kalau AK (Ananda Krisnan) saya punya tauke, saya tidak ada masalah (seperti ini).

Kamu boleh periksa rekod, Tan Sri Yahaya Ahmad (Allahyarham) yang pilih AK, ketika itu saya masih dalam industri hiburan.

Apa cerita dengan Kalimullah?

Kisahnya bermula bila saya ada idea mengenai Air Asia X, kami mencari pelabur, ECM (Libra) antaranya (syarikat dikaitkan dengan Kalimullah). Jadi bila kami hendak mulakan, Kalimullah kata boleh dia melabur, dan dia letak duitnya sendiri, saya kata okaylah. Dia dan rakan kongsinya.

Saya, Kamarudin, Azran (Osman Rani, Datuk Pahamin, Aziz Bakar, semua join, dan Kalimullah masih pemegang saham.

Apakah Azran dibawa masuk oleh Kalimullah?

Tidak, saya yang bawa dia masuk, saya bertemu dengannya dalam satu program Khazanah dan bawa dia masuk.

Ada dakwaan yang mengatakan kerjasama Air Asia dan MAS ini hanya menguntungkan anda dan membunuh MAS?


Idea tentang kerjasama ini adalah kita hidup dalam dunia yang global, dan Malaysia adalah negara kecil. Dalam dunia penerbangan, Air Asia, Air Asia X dan MAS perlu bersaing dengan SIA (Singapura Airlines). SIA memiliki Tiger Air.

Kita perlu bersaing dengan Qatar, Emerites dan banyak lagi syarikat besar dan kukuh.

Falsafah kami dalam kerjasama ini adalah daripada bersaing sesama sendiri, mari kita berkerja bersama, dengan berkerja bersama ini, kita akan jadi syarikat penerbangan yang kuat dalam industri, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.

Air Asia mempunyai 9000 pekerja secara langsung dan puluh ribu secara tidak langsung di Malaysia.

Jika kita bergaduh sesama sendiri, kita hanya akan membunuh sesama sendiri dan merugikan pembayar cukai.

Dan jika kita berjaya, kerajaan memungut lebih banyak cukai korporat, ia bagus kepada rakyat kerana mengurangkan cukai individu.

Jadi ideanya adalah syarikat Malaysia bekerjasama dalam dunia yang global.

Bila kita bersama, kita semakin kuat dan saya percaya Singapura (SIA) takutkannya. SIA bagus kerana kita lemah, Malaysia, Thailand, Indonesia semuanya mempunyai syarikat penerbangan yang lemah.

Perkara lain adalah, saya minta mereka yang kritik kami, supaya bertemu kami, dengar penjelasan kami.

Sekurang-kurangnya kamu dapat dua cerita. Saya tidak ada apa hendak disembunyikan. Kami hanya hendak lakukan yang terbaik kepada negara ini, pekerja dan pemegang saham.

Pembangkang mempersoalkan kerjasama MAS dan Air Asia… apa komen?

Kami dipersoalkan oleh kedua-dua pihak, ada 27 soalan di Parlimen mengenai kerjasama ini. Saya tidak mahu kata pembangkang benar atau salah, sebaliknya semua pihak sepatutnya datang bertemu kami dahulu.

Tiada ahli parlimen pembangkang atau kerajaan yang bertanya soalan bercakap dengan kami dahulu.

Sekurang-kurangnya ‘find out’ apa sebenarnya.

Persepsi yang dicipta selepas kerjasama ini adalah MAS tidak berada dalam posisi sebaiknya, lebih menguntungkan Air Asia dan kamu beli QPR (kelab liga perdana Inggeris) dalam masa yang sama?

Kalau kamu nak cari salah, kamu akan jumpa. Nilai syarikat berasaskan pasaran saham. Ia bukan bail-out, Air Asia tidak bawa masuk tunai ke MAS, ia perteukaran saham. Dan merisikokan kedua-duanya.

Jika (saham) Air Asia menurun, MAS juga turun, jika MAS turun, saya dan Kamarudin juga rugi.

Ia bukannya bail-out. Dan mengenai pembelian QPR, kamu sedar tidak, sejak sebulan lalu, MAS dapat begitu banyak publisiti… sebelum ini jika kamu pergi ke London dan minta mereka namakan syarikat penerbangan dari Malaysia, mereka akan kata Air Asia.

Kalau kamu ke Australia, mereka akan kata Air Asia X, Air Asia X belanja empat kali lebih banyak dari MAS (dari segi iklan). Kamu perlu berbelanja. Itu adalah promosi.

Sebenarnya kes QPR saya yang rugi, jersi mereka masih biru (warna MAS) bukannya merah… kah kah kah (ketawa) saya yang kena jawab dengan lembaga pengarah Air Asia.

Tapi beri kami masa, saya yakin kerjasama antara MAS dan Air Asia akan menjadikan kita semua berjaya.

Tan Sri sebut tentang mengambil semua ‘lost trafik’ boleh dihuraikan lebih lanjut…?

Dengan kerjasama ini saya katakana, Malaysia punyai model yang sama dengan Singapura. Kita perlu ambil semula pasaran kita. Mereka untung dari pasaran Malaysia dan Indonesia.

Apa yang penting untuk ambil semua trafik yang hilang kepada syarikat-syarikat lain. Contohnya, berapa ramai rakyat Malaysia pergi ke Jeddah, dan berapa ramai pulak yang menggunakan Jordanian, Emirates, Etihad, Egypt Air, kita ada empat pesawat sehari ke sana, dan dengan kerjasama ini kita boleh ambil semula ‘lost trafik’ tersebut.

Kita bawa semula ‘lost trafik’ itu sahaja dan jika berjaya itu sudah cukup mengguntungkan kita.-4/10/2011 - OLEH HELME HANAFI DAN MOHAMED HIEKAL, Agendadaily

Friday, September 30, 2011

Kelakar la..

Ambil masa baca nama2 Jepun nie..Hopefully dapat menghilangkan stress kita sebentar..

01. Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat – SAYORI SUKAMURA
03. Yang bisu – KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi – NANACHI KASIBANYA
05. Yang suka yang blues – APO NADIKATO
06. Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA
08. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua – TARAGIGI PADANMUKA
12. Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit – SAJA CARIMATI
14. Yang lembab – AYUMI SIPUTBABI
15. Yang suka makan tempe – TARATEMPE BOLEMATI

Monday, September 26, 2011

RAYA 2011

Malas betul nak update blog sekarang ni..terlalu BZ and campur dengan malas..so nie ada sedikit cerita pasal raya..walaupun raya dah nak abis dah kan..tapi tak pe, just nak berkongsi je..
Tahun nie aku beraya di Batu Pahat,Johor..balik kg kali nie best, jalan tak jam langsung (balik ptg sebelum raya)..mmg puas hati la..kami berkonvoi 3 biji kereta..kereta aku and 2 lagi kereta adik2 aku..kami sempat last buka puasa kat RnR Air keroh Melaka..Makan tepi stesen minyak tu..mmg nostalgia lah huhuhu..sampai Batu Pahat dalam pukul 9 mlm...
Kami kat Johor 3 hari..sempat la ke Johor Baharu beraya rumah saudara kat sana..apa2 pun mmg best..
From Johor, kami singgah KL pulak..beraya rumah abg..so stay 2 mlm kat KL..lepas KL baru balik rumah kat Kedah..mmg jauh perjalanan raya kami tahun nie..jom layan gambar:---



Ariena paling sempoi..org lain beraya,dia pulun tido..






View rumah nenek...




Beraya di Johor Baharu


Tiga beranak keletihan...


Depan pantai LIDO..berhadapan dengan Singapore..


Budak masham..








Hari nak balik KL..






Meriah bila berkumpul ramai2..


Perjalanan balik..sebelah kami jalan ok..tapi sebelah lagi..
Jammmm...hahaha..