Thursday, May 13, 2010

@ Opis Papa


Masa nie baru sampai opis..tgh panjat meja..


lepas gaduh ngan papa..last2 dia menang dok
kat kerusi papa..


Ada gaya Lady Boss..


Apa yg syg buat tu..


Hai..Bz nye anak papa nie..sampai berselerak meja..

Td aku ada kerja nak disiapkan..alang2 dah kena g opis lepas opis hour,so aku bw ariena n mama teman aku kat opis..so apa lg,ariena jd bos la kat opis aku..siap duduk kat kerusi aku buat kerja..aku duduk kat situ,dia nak duduk jugak.."papa2,epi epi nak dodok" nie antara kata2 dia ler..kalu ayat yg betul "papa2,tepi tepi nak duduk"..lama jugak la diorg teman aku sampai siapkan kerja..so alang2 ariena kat situ,aku pn amik ler gambar dia..dpt jugak la untuk entry blog aku hari nie..so kita layan gambar budak kecik yg dah besar nie..

Wednesday, May 12, 2010

Cerita Hujung Minggu..


Konvensyen 2010


Ketibaan Dato Najib


Dato Najib Merasmikan Konvensyen


Jamuan Makan


Antara Pemimpin Kanan Pulau Pinang

Cuti hujung minggu baru nie..aku and member tempat aku kerja dijemput menjadi peserta untuk 1 konvensyen pasal ekonomi melayu Pulau Pinang..hujung minggu pun ada kerja jugak ka..program tu dua hari la plak..kiranya majlis birthday anak aku Ariena pn terpaksa di tunda ke mlm ahad..Konvensyen nie ok gak la..kami discuss mengenai hala tuju and ekonomi bumiputra Pulau Pinang..selama 2 hari byk yg dibincang dlm sidang2 pleno..pembentang kertas kerja ada 3 org..Tan sri Nor Yaacop, Pegawai kemajuan negeri and Pengerusi Perda..

Time perasmian, aku sempat bersalaman ngan Dato Najib, Dato Zahid Hamidi n Pemimpin2 Kanan UMNO Pulau Pinang..bangga betul rasa..mcm ahli politik plak..

Rupanya bumiputra PP nie mmg tertindas kat negeri sendiri..no komen lah..sapa yg p program nie tahu lah..sebab ada setengah program dlm konvensyen nie dibuat secara tertutup...Dato Azhar and Dato Musa pun ada buat penjelasan ttg isu DUN Pulau Pinang..so mmg jelas diorg terlalu tertekan ngan pemerintahn skrg nie..and aku rasa,mmg patut Konvensyen nie dibuat bg membela nasib melayu bumiputra PP..kat sini kita dpt tgk semangat org melayu PP..tapi ada gak bumiputra kat sini yg berjaya..aku tgk ada 2 n 3 org yang sama bengkel ngan aku berjaya dlm bisnes diorg..muda lagi orgnya,dah berjuta duit dlm bank..so apa lg kita berkongsi pengalamn ler..mana tau satu hari nnti aku jd mcm diorg plak..tak rugi dtg konvensyen nie..walaupun di hujung minggu and program sampai pukul 11 mlm huhuhu..

hari last,kami pesrta program dapat siapkan 6 resolusi bg Konvensyen tersebut..dan diserahkan kepada Dato Zahid hamidi..time pembentangan resolusi pn best gak..lawak giler aku rasa..pembentang semuanya lawak2..org Pulau Pinang la katakan..so majlis berakhir hari ahad pukul 6 ptg..ditutup oleh dato Zahid Hamidi..Kiranya Konvensyen nie last dibuat pada tahun 1996 kalu tak salah aku lah..so aku rs bangga dapat mengikuti program ini..sbb tak semua berpeluang join program nie and aku terpilih...

Picture from Dato Musa..

Dah 2 tahun



lama betul tak update..sibuk sgt2..Lepas nie boleh aktif semula..ermmm pejam celik,pejam celik..tup2..Nur ariena (anak kesayangan) dah masuk 2 tahun dah (9 may)..cepat je masa berlalu..start dia tak tahu apa2,sekarang nie dah besar and pandai berckap ( bahasa dia la)..

Happy birthday anak papa..nnti jd anak yg solehah ye..jgn lupa mama and papa tau..mama n papa sayang sgt kat Ariena..

Alamak..tak boleh nak upload gambar la pulak..

Thursday, March 4, 2010

HUMMER LIMOUSIN


Fuhhh!!!!mmg dasyat la org yg pakai kereta nie..kat area umah aku ada sebijik keta nie..kalu jumpa keta tu,mmg aku amik gambar la utk simpanan..tp yg limousin nie..mmg terkedu la tgk huhuhu..

petikan gambar from:www.kereta.info

Slow gila!!!!!!!!

Kesian kat blog aku nie..lama betul tak di 'update' kan..nak buat mcmmn,mmg sibuk gila sekarang nie..tak sempat2 nak buka blog..lebih dari YB pulak..InsyAllah,blog ini akan kembali aktif!!

Thursday, February 11, 2010

Jahui Sifat Sombong Dan Bongkak

Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman: 18)

Huraian

Sesungguhnya manusia dikurniakan oleh Allah SWT dengan rezeki dan nikmat yang berbeza. Ada yang kaya, yang cerdik, yang sihat, yang sempurna sifat, yang bangsawan dan sebagainya. Dalam masa yang sama, ada juga yang miskin, yang cacat, yang sakit, yang hodoh dan sebagainya. Kesemua kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT bukanlah lesen untuk berlagak bongkak, sombong dan takbur kepada mereka yang malang dan kurang bernasib baik.

Kita perlu ingat kekayaan, kecantikan, kesihatan, kedudukan dan kepandaian adalah satu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Apakah segala nikmat ini menambah amal kebajikan dan sedekah jariah kita kepada Allah SWT? Atau semakin banyak dosa dan maksiat yang kita lakukan sehingga tiada insan yang mendapat manfaat daripada kurniaan Allah SWT tersebut?

Ayat ini yang merupakan ungkapan nasihat Luqman kepada anaknya adalah satu amaran kepada manusia demi memperbetulkan sistem sosial dalam masyarakat Islam. Islam mengajarkan penganutnya akan erti kasih sayang, hormat-menghormati dan saling membantu sebagai ikatan sosial. Tanpa ikatan ini kekuatan ummah akan goyah dan kelangsungan ummah akan musnah.

Justeru, berlainan taraf dan berbeza kedudukan perlu difahami sebagai ujian Allah SWT atas nikmat yang diberi. Memandang hina orang bawahan, merasa jijik bergaul dengan golongan tidak setaraf, merasa terganggu dengan kehadiran orang kurang upaya dan meluat melayan orang sakit adalah ciri-ciri sikap bongkak sombong yang ditegah oleh Islam.

Kita sewajarnya sedar kemungkinan satu hari nanti nasib kita pula berubah daripada kaya menjadi miskin, daripada cantik menjadi hodoh, daripada sihat menjadi cacat dan demikianlah seterusnya. Sesungguhnya kesombongan dan ketakburan yang kita zahirkan tidak akan membawa kita menjadi lebih hebat dan nikmat yang berkekalan. Segalanya hanyalah pinjaman sementara dan akhirnya kita akan kembali kepada Allah SWT berbekalkan amal kebajikan semata-mata.

Kesimpulan

Sikap sombong dan bongkak terhadap orang yang kurang bernasib baik adalah sifat terkutuk dan dikeji oleh Islam. Kesyukuran terhadap nikmat kurniaan Allah SWT wajar dizahirkan dengan sifat hormat-menghormati dan memperbanyakkan amal kebajikan di dunia. Kesombongan dan ketakburan tidak membawa kita ke mana-mana selain mengundang kemurkaan Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT menilai manusia daripada amal perbuatan dan bukannya kehebatan zahir seperti pangkat, harta dan rupa paras.

Dipetik dari:http://www.jawhar.gov.my

Thursday, January 21, 2010

Khusyuk Tengok TV



Apa yang khusyuk sgt tu syg??cartoon apa tu syg??sampai papa amik gambar pun tak sedar..