Thursday, December 31, 2009

Selamat Datang 2010

Kejap je dah masuk 2010..mcm ada yang tak selesai je keje2 2009..itu la yang dikatakan masa..masa berjalan ngan pantas sekali..masa memang tak akan pandang belakang..masa akan terus berjalan sampai bila2..masa tak akan tunggu kita..

So kita pun jgn pandang ke belakang(bak kata director Ahmad Idham)..terus kehadapan..kita akan jumpa sesuatu dihadapan dan kita kena redha apa yang kita akan jumpa samada kejayaan ataupun kegagalan..yang penting kita muhasabah diri kita..InsyAllah kita akan selamat di dunia dan akhirat..semua ini ketentuan Tuhan..

SELMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010..moga azam kita untuk tahun 2010 akan tercapai..AMIN

Bayi perempuan kritikal didera

KUANTAN: Seorang bayi perempuan berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dipercayai didera ibu bapanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Kuantan, DSP Kamaruzzaman Jaafar berkata bayi berusia tujuh bulan itu mengalami pendarahan otak dan mata, sawan serta kesan lebam lama pada badannya dipercayai didera sepasang suami isteri berusia 20 dan 19 tahun di Lorong Perdana, Bukit Setongkol di sini sejak beberapa minggu lepas.

Katanya, kejadian itu dilaporkan oleh doktor yang merawatnya selepas pasangan terbabit menghantar anak perempuan mereka ke HTAA kira-kira 10 pagi semalam kerana bayi itu sakit.

"Pasangan itu mendakwa anak perempuan mereka terjatuh ketika didukung sehingga menyebabkan dia sakit namun doktor yang merawat bayi itu mengesyaki dia mungkin didera dan diabaikan sehingga sakit,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. - Bernama

Manusia jenis apa nie????sepatutnya mak bapak baby nie kena hukuman DERA sampai MATI..tak berhati perut langsung..iskk geram betul laa..

Monday, December 28, 2009

Kembali Berkerja

Alhamdullillah..hari ni aku kembali bekerja setelah seminggu bercuti..so aku ada seminggu lagi sebelum students lama daftar ke kampus..and lepas ni mmg bz balik la aku nie..hari ni pulak,ada students baru yang dah daftar dan menjalani kursus orentasi selama seminggu..kampus kembali menjadi bising ler..apa2 pun aku akan dok kat opis aku,and tgk apa lagi kerja yang tak siap dan perlu disiapkan by next week..

Wednesday, December 23, 2009

cuti

lama betul tak tgk blog nie..aku cuti seminggu..hujung tahunla katakan..so nak abiskan masa ngan anak n wife pulak..asyik kerja je..tension gak..aku start keje balik isnin depan..after krismas..hehe..best giler cuti nie..byk keje yang tertangguh dapat disiapkan..terutamanya nota2 untuk student..lega rasanyeee...apa2 pun aku akan try update blog nie..

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah

Selamat menyambut tahun baru hijrah kepada semua..

Hari ini aku berkesempatan mendegar ceramah Maal Hijrah di tempat aku bekerja..ceramah di sampai kan oleh seorang penceramah yang aku boleh katakan byk pengalaman dalam bidang ilmu agama..Dr Jamnul Azhar Mulkan..byk ilmu yang dia bagi masa ceramah tadi..bukan saja ceramah Maal Hijrah..dia siap melencong pasal ilmu keluarga..transformers..n mcm2 lagi..tapi best sgt..apa2 pun..apa yang dia bgtau pasal hijrah,mmg aku respect kat dia..dia buat ulasan yg mendalam pasal hijrah..so kita pun kena hijrah diri kita..dari jahat ke baik..dari baik ke lebih baik..dari lebih baik ke lebih22 baik..so fikir2 kn lah

Tuesday, December 15, 2009

Ariena tak brapa sihat



Nak tau cerita tak..hari Khamis baru nie,Ariena buah hati ku telah di jangkiti selesema..sian kat dia..tido dia terganggu,aktiviti harian dia pun terganggu..dia dok meragam jee..g amik ubat kat dia..kesian sgt la kat anak papa nie..tapi alhamdulillah,semalam (isnin)..dia dah beransur sihat..pagi td ms aku nak p kerja..dia dah sihat wallafiat..Alhamdullilah..i love u sayang ariena

Monday, December 7, 2009

Family Day Part 2

Alhamdulilah..family day mama berlangsung dengan jayanya..sekurang2nya dapat gak bercuti..tapi just simple percutian ler..duit pun tak keluar byk sgt hehe..

Bersambung blog hari tu..selepas ariena bagun tido..lama juga ler dia tido..kami sekeluarga g tgk org main api..wow..mcm stunt dlm tv..tp sygnye..Ariena tak nak tgk huhuhu..so byk la dia g mkn kat area lake town..

Esok paginye..bw lg Ariena berendam kat kolam..hehe..biar dia puas main..kalu tak puas,syg mandi kat kolam umah kita yee..

Selepas semua selesai baru la kami bertolak balik ke rumah..bye2 bukit merah..

Saturday, December 5, 2009

Family Day UniKL Kulim

Alhamdulillah,sekarang nie kami berada di Bukit Merah untuk program family day tempat mama kerja..grand jugak family day nie..paling best,semlm ada dinner kat ballroom resort..siap ada karaoke lagi..yang paling best lagi,budak kecik Ariena nie memang tak duduk diam...cuba bayangkan,time ustaz tgh baca doa kat depan pentas..Ariena dari tempat duduk kami kt tgh2 dewan,tetiba je lari kearah depan..siap nak pentas berjoget..wah2 my girl seorg nie..mmg nak glamer kan mama dia..malu gila kami,time bc doa..semua org tgk dia berjoget kat depan hahaha..tergelak besar kami..mama pun cepat2 lari kedepan n tangakp dia..masa nak tangkap dia..dia ingat kot mama nak main dengan dia..so terjadi la acara kejar mengejar kat depan..nak buat mcm mana..itu la Nur Ariena hahaha..nmpk mcm diam je..tapi....hehehe..

Pagi td ada acara sukaneka..mama jd AJK bahagian game..so sibuk sikit la..aku n Ariena just main kat pdg sekejap je..pastu Ariena ngantuk,so bw dia naik tido..

sebelum aku tulis blog nie..kami baru lepas bw Ariena mandi pool..siap pakai pelampung lg budak kecik nie..sekarang nie dia tgh tido..penat sgt kot main...mlm nie nak p tgk org main api plak kat resort bukit merah...to be continued.................

Wednesday, December 2, 2009

AKU...

Entahlaa..tetiba pada satu pagi yg indah,aku dikejutkan dengan suara anak2 laki tuan aku..aku dgr diorg cakap pasal hari raya..tapi tak pasti raya apa la pulak..rasanya baru je lepas hari raya..Aku tgk sorang daripada anak tauke tu memandang aku dengan pandangan sedih..ooo baru aku sedar,aku akan dihantar ke sebuah rumah dikawasan kampung ku jugak..harapan aku,dapat la aku menikmati keindahan tempat lain pulak..

pada ptg hari aku telah dibawa menaiki sebuah lori yang tak kurang hebatnya..lori beroda 4 dan baunya sgt busuk..mcm aku jugak laa..tapi aku tak kisah lahh..janji aku dapat tuan yang baru..aku tiba disebuah rumah tidak jauh dari rumah tuan lama aku..rumah tu sgt cantik..ada ukiran lama n aku rasa rumah ni pasti dah bertahun2 lama..pandai tuan rumah ni menjaga keaslian rumah nie..

Aku dibawa turun dari lori..aku rasakan kurang selesa dengan tempat ini..apa yang akan berlaku pada diri ku?persoalan yg bermain di fikiranku..aku tak nak turun dari lori..tapi dipujuk juga oleh anak2 tuan lama aku..akhirnya aku mengalah..aku ditempatkan disebuah tempat yang aku rasakan kurang selesa..tapi ini la nasib aku..aku terima ketentuan Tuhan..aku ditempatkan ditempat yang tidak ada bumbung,hanya diteduhi oleh sebuah pokok yg sgt tinggi..aku tak pasti pokok apa..harap2 jgn la pokok durian..timpa buah durian,sakit la aku..aku memerhati sekeliling tempat baru aku..aku nmpk buah durian dikwasan tidak jauh dari tempat aku..ohhh aku duduk dibawah pokok durian rupanya..habis la aku..harap2 musim durian dah tamat laa..aku berkata dalam hati..

Selama 2 hari aku disitu,aku hanya dijamu mkn makanan biasa sahaja..tuan aku membekalkan air secukupnya kat aku..aku ingat lg..pada ptg hari ke 2 aku dirumah tuan baru aku..hujan turun agak lebat..aku kesejukkan..aku hnya dapat merenung nasib aku sahaja..dan persoalan sama timbul..apa akan jadi pada diri aku..aku tak tahu..hanya tuhan yg tahu..pada hari tersebut juga..aku dapat mendengar takbir dari Masjid yang berdekatan..hari raya rupanya hari ini..patutla aku tgk byk sgt kereta di rumah tuan aku ni..mungkin anak2 balik kot..ramai jugak anak2 kecil yg comel2 dtg kearah ku dan hanya melihat aku dari jauh..tidak dibenarkan mendekati aku..aku hanya merenung dari jauh..

hari yg berikutnya..cuaca panas..aku tgk ramai yg duduk menghampiri aku..ada yang memakai topi, ada yang berseluar pendek,ada gak kaum2 ibu tgh memangku anak2 kecil,ada jugak yang hanya memakai kain pelikat..aku tak tahu apa yg akan diperlakukan kepada aku..tetiba aku ditarik kaki belakang..aku cuba meronta2..kemudian aku rasa ada orang memegang bahagian belakang aku..ohhh aku sudah jatuh kebumi..Ya Allah..aku akan dikorban kan rupanya..aku akan disembelih sekejap lagi..aku pasrah..aku dijalan yang benar..aku cuba meminta tolong..tapi sapa yang akan tolong aku..tak da sapa yang paham aku..tetiba aku rasa aku dihimpit dengan org yang begitu ramai..keempat2 kaki aku sudah diikat..tetiba aku rasa leher aku ditusuk oleh satu benda yang sgt tajam..Ya Allahh...

Nasib 'AKU' seekor lembu..

Wednesday, November 25, 2009

BUGATTI VEYRON 16.4 GRAND SPORT






















Information yg diterima..Kereta nie memang laju..
Boleh sampai 410km/h..memang mantap la diorg punya teknologi

Information from:http://kereta.info

Monday, November 23, 2009

Org Jepun Belajar Bahasa Inggeris

Thursday, November 19, 2009

Cinta Tanpa Syarat

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.
Itulah doa saya sebentar tadi, semasa bersolat zohor.
Entah kenapa, tiba-tiba hati saya terlalu tersentuh dengan doa tersebut. Sedangkan sudah berkali-kali saya membaca doa yang sama. Adakah kerana rindu saya terhadap ayahanda yang sudah masuk 14 tahun meninggalkan kami. Ya, saya rindukannya, terutamanya ketika hidup saya diasak dengan pelbagai cabaran, dan saya rindukan tangan ayahanda yang sering menepuk bahu agar masalah saya mengecil dan pergi oleh senyumannya.
Apakah saya terharu kerana saya rindukan bonda di kampung. Kampung yang sunyi, bersama teman-teman berbualnya yang pulang ke pangkuan Ilahi, seorang demi seorang. Bonda memang kesepian, hanya panggilan telefon dari anak-anaknya sahajalah pengubat sunyi itu. Mujurlah bonda kuat membaca. Majalah I saya hantarkan setiap bulan, kulit ke kulit habis dibacanya. Tazkirah Untuk Orang Mengaji oleh Ustaz Sonharji, saya belikan dan cepat sekali bonda menghadamnya. Kata bonda, “jika sunyi dan tak buat apa-apa, kenalah baca buku. Kalau dibiarkan otak beku, nanti datang jemu dan nyanyuk, jadi pelupa dan kemudian susahlah anak-anak nak melayan orang tua yang begitu.”
Saya memang rindukan emak. Emak juga rindukan suaminya. Jika diselak langsir dapur, sayup-sayup kelihatan sepasang nisan pusara abah di tepi masjid sebelah rumah. Emak sering termenung di tingkap itu, merenung kisah silam mereka, dan kenangan manis membesarkan kami berlima. Arwah opah pernah berkata, “aku hairan tengok kamu berlima ni. Dari kecil sampai besar, tak pernah bergaduh. Walhal hero-hero belaka!” Saya juga terkenang, memang kami berlima hero-hero belaka. Semua adik beradik saya lelaki tetapi kami memang tidak pernah bergaduh.
Mungkin semua itu kerana watak abah. Dia menjadi tumpuan kami dan kami sentiasa bergelak ketawa hingga ke meja makan. Kami tiada masa untuk bergaduh kerana semua ketawa dan sedih kami adalah bersama abah. Namun selepas abah pergi mengejut oleh serangan jantung, keluarga kami sunyi hilang ketawa. Sepi..
Kucing-kucing belaan kami yang suka menjilat peluh abah semasa dia sakit terlantar, turut mati seekor demi seekor. Begitulah kami di rumah, tertumpu pada abah. Kini emak saya pula melayan sepi dan sunyi itu sendirian. Saya sangka, saya sukar menemankan emak kerana saya terhumban di hujung benua. Selepas lebih sedekad saya di luar negara, saya segera pulang ke kampung halaman. Namun selepas bekerja di KL, rupa-rupanya keadaan tidak banyak berubah. Saya masih sukar untuk balik ke kampung, akibat Kuala Lumpur dan kehidupan saya yang amat menekan masa.
Saya jatuh rindu dan saya mohon ampun dari Allah atas dosa saya membiarkan emak kesunyian di kampung.
Tetapi tengah hari tadi, saya tidak hiba kerana itu. Ada sesuatu yang lebih halus darinya. Mungkin sebentar tadi, buat kali pertamanya saya dapat merasakan apakah sebenarnya yang saya minta dari Allah, Tuhan yang telah memberikan seorang ibu dan bapa yang pengasih kepada saya.
Mengapakah apabila saya merintih keampunan dari Allah, saya kaitkan ia dengan kasih sayang bonda dan ayah semasa saya kecil?
Hari ini saya berusaha memikirkan jawapannya.
“Rizal minta maaf emak sebab susah sangat nak balik ke Ipoh. Kerja tak habis-habis. Lagi pun ada masanya Rizal cuti, tapi Muna pula yang kerja. Saif selalu menyebut tentang opahnya. Naurah pun dah makin besar. Imad pun dah pandai meniarap”, keluhan saya kepada emak beberapa ketika yang lalu.
“”Tak apa, mak pun minta maaf sebab jarang dapat ke Kuala Lumpur. Kaki mak ni asyik sakit, kepala pun berat. Tak seronok nak berjalan-jalan kalau begini. Datang rumah kamu pun nanti menyusahkan sahaja. Asalkan kamu ingat emak dalam doa, Alhamdulillah”, itulah suara dari hati emak.
Semasa berdoa tadi baru saya sedar, emak amat pemaaf. Dia memaafkan saya dan adik beradik yang lain tanpa menyoal apa-apa. Paling menyerlah, pemaaf emak semasa saya kecil…
Saya pernah teringin untuk minum air sirap ros, tetapi patinya sudah habis. Semasa emak sibuk menanda buku latihan anak-anak muridnya, saya ke dapur dan cuba memasak gula di dalam periuk. Secawan gula dicampur dengan pewarna merah, dimasak di atas api. Saya baru darjah tiga dan tidak terfikir untuk menambah air. Akhirnya gula hangus dan beku, periuk berkerak dan hampir mustahil untuk dibersihkan. Kerana takut, saya simpan periuk itu di dalam kabinet dapur. Seminggu masa berlalu, apabila emak terjumpa periuk itu, dia tahu itu angkara saya. Dia tidak marah tetapi mencebikkan muka kesedihan.
“Emak tak marah?”, saya cuba memberanikan diri bertanya.
“Emak tak marah kamu cuba masak gula ni. Tapi emak sedih sebab kamu sorok periuk ni dalam kabinet”, itulah katanya.
Saya menangis kerana terasa bersalah cuba menipu emak dan dia dengan segera memujuk.
Saya pernah cuba membasuh kain sendiri, tetapi kerana lupa memasukkan getah ke bilik air, habis seluruh dapur banjir ditenggelami air sabun. Emak tidak marah.
Saya juga pernah berayun di buaian sambil berdiri walaupun ditegah. Apabila buaian terlalu laju, saya tercampak dan muka tersembam ke pasu bunga. Sampai ke hari ini saya masih dapat merasa tuam pasir panas di pipi yang sudah kebiru-biruan. Emak tidak marah.
Abah juga tiada bezanya. Dia tidak pernah memaksa saya membaca buku tetapi jika gagal mendapat tempat pertama, dia menepuk bahu saya sambil berkata, “nanti mainlah lagi ya. Jangan baca buku.”
Dia tidak marah tetapi saya sendiri yang rasa terseksa dan bersalah.
Saya pernah bergaduh dengan Pengetua di sekolah. “Maaf ustaz, kalau begitulah cakap ustaz, saya pun ‘tak hingin’ nak sekolah di sini!”, jiwa anak muda di Tingkatan 4 memberontak. Saya pulang ke asrama, mengemas beg baju dan langsung meninggalkan Negeri Sembilan untuk pulang ke kampung tanpa berfikir panjang.
Saya tiba di Ipoh selewat jam 11 malam. Abah amat terkejut dengan tindakan saya berhenti sekolah, tetapi dia tidak marah. Dia berikan saya wang RM50 sambil berkata, “ambil duit ni dan uruskan sendiri kamu nak bersekolah mana selepas ini”. Itu cara abah. Dia jarang sekali marah.
Emak dan abah amat mudah memaafkan saya. Tidak kira apa sahaja kerenah kami, mereka memaafkan kami seadanya. Mereka menerima kami sebagai anak-anak yang banyak kelemahan dan atas penerimaan itu, mereka mengasihi kami TANPA SYARAT.
Emak dan abah menerima saya atas segala yang ada pada diri ini. Saya taat atau degil, saya rajin dan saya culas, saya senyum atau saya menjerit, mereka menerima saya seadanya. Mereka terus menyayangi dan mengasihi saya tanpa syarat. Mereka tidak pernah memberitahu saya bahawa semua kebaikan yang mereka buat selama ini, mesti dibalas apabila kami telah dewasa. Kami balas atau tidak, kami ingat atau lupa, tugas mereka hanyalah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang, TANPA SYARAT.
Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya. Apatah lagi jika hanya antara dua sahabat. Sukar untuk dipastikan tulus persahabatan mereka. Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat? Mungkin ada, tapi sering tiada.
Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu. Jika seorang anak jatuh sakit, ibu bapa sanggup berjaga malam dan berdoa agar si anak sembuh dan dipanjangkan umur. Namun apabila tiba giliran anak menjaga ibu bapanya, mereka mungkin terus menjaga, tetapi hati mudah berkata, “bilalah orang tua ini nak mati!”. Ya Allah, lindungilah aku dari menjadi anak seperti itu.
Hati saya amat sedih melihat kaum Cina di KL berebut-rebut menghantar ibu dan bapa mereka ke wad kecemasan Hospital UKM sehari sebelum Tahun Baru Cina. Pesakit berumur 60 tahun (kalau tak silap saya) ke atas, rawatan di HUKM adalah percuma. Maka inilah cara mudah mereka untuk get rid ibu bapa mereka di musim perayaan. Kalau hantar ke rumah orang tua-tua, mahal pulak bayarannya. Allah Allah….
Saya masih ingat dialog ayah tengah hari itu. Dia baru sahaja pulang dari menunaikan Haji.
“Abah kat Mekah doa apa, abah?”, saya bertanya.
“Abah doa supaya Allah jangan panjangkan umur abah sampai nyanyuk. Takut anak-anak tak tahan. Takut kamu jadi anak durhaka!”, kata ayah saya sambil mata redupnya merenung saya yang terkelu lidah. “Abah, jangan cakap macam tu…”, saya sebak dan hanya mampu membiarkan air mata kering di pipi. Ayah pergi meninggalkan kami pada malam hari lahir saya yang ke-17, hanya setahun lebih selepas perbualan kami itu.
Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.
Ya Allah, aku lemah, aku banyak dosa. Aku suka mengeluh, aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa mengharapkan balasan.
Ampunkan jua mereka, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada mereka. Mereka yang mengasihiku tanpa syarat, Kau maafkan mereka dan limpahkan Kasih-sayangMu kepada mereka, tanpa hisab dan syarat…
NAMUN…
Mungkinkah semua itu, Allah kurniakan kepada saya? Siapakah saya untuk meminta pengampunan yang terus tanpa syarat? Malah jika setiap detik hidup dalam sehari itu dihitung, terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas. Sedangkan tanpa saya sedar saya banyak meletakkan syarat terhadap Allah. Aku ingat kepada-Mu, dengan syarat aku sudah hilang penyelesaian. Aku sanggup lakukan apa yang Engkau suruh, tetapi selepas aku melihat apa kebaikan yang aku dapat!
Hinanya diriku. Lupa sudah pada hakikat diri sebagai hamba. Hamba yang tidak layak meminta, apatah lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya. Astaghfirullah.
Menghitung hari, padanya terpalit pelbagai dosa. Paling kurang, setiap hari saya dibelenggu rasa terkilan dan berdosa kerana bonda kesunyian di kampung. Setelah pulang ke Malaysia, saya masih belum dapat menjaganya di depan mata.
Bayangkan, jika Allah mengampunkan kita dengan syarat, binasalah diri ini. Mampukah saya lepas segala syarat itu? Jika Allah syaratkan setiap solatku mesti khusyuk, apakah ada satu solatku yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan itu?
Sesungguhnya tidak mungkin kita selamat dengan hanya melihat pada amalan. Melainkan Rahmat Allah itu jualah jawapannya. Dengan kasih sayang-Nya.

Al-Wahhab-Terima kasih mak, abah, mak, ayah

Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi. Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:

i) Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.

ii) Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.

iii) Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.

iv) Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.

v) Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.

Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.

COLLECTION OF TMJ (TENGKU MAHKOTA JOHOR) HOT CARS


The biggest SUV, Hummer with special modification


The Hummer is specially custom modified for TMJ by Hummer USA


Chevrolet Camaro


Merc(Scissors door)


Ferrari


Pagani Zonda

Di ambil dari http://kereta.info

Wednesday, November 11, 2009

ALBERT Einstein



Di Petik Dari harian Metro

Cerita Pak cik beca (lawak)

Ada seorang awek berbogel menahan sebuah beca lantas menaiki beca tersebut.

Sepanjang perjalanan, si tukang beca langsung tidak mengalihkan pandangannya dari menatap gadis tersebut.

Merasakan dirinya diperhatikan oleh tukang beca tersebut, gadis itu berkata “kenapa, tak pernah tengok perempuan bogel ke?”

“Bukan begitu, cik adik. Pakcik cuma tertanya tanya, dari mana wang tambang beca ni adik nak keluarkan” jawab tukang beca tu.

Nukilan dari : http://kahkahkah.mnazman.com

Monday, November 2, 2009

2 November

Selamat Hari Lahir kepada mak tersayang..Moga mak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..InsyAllah..Ajib sayang mak

Monday, October 26, 2009

Jalan-Jalan Kat Jom Heboh

Gambar masa jalan2 kat Jom Heboh, Stadium Batu Kawan. Disebabkan tak nak bersesak2 kat sana..so kami decide p hari Ahad pagi..mmg tak byk sgt org masa waktu pagi..tapi nak ke tgh hari, org punya la ramai..tapi best la kat sana..Ariena pun enjoy kat sana..siap menari2 dgr lagu2 yg diorg pasang..


Pintu Gerbang


Mascot kesukaan Ariena..Mascot RIBENA


Tgh minum RIBENA..nk amik gambar pun susah..


Tgh jalan2 selisih ngan Wahid Senario..
dia tgh on d way nak buat pengambaran Melodi.

Sedapnyee budak comel ni minum..nak sikit boleh?


Pengambaran Melodi..tgk dari jauh jee..nmpak kaki
Wahid n Fara je..

Mama tgh tgk product Silkygirl..pastu dtg pengacara ni..
siap tnya soalan kat mama..hehehe..



























Monday, October 19, 2009

18 OKTOBER

Selamat Hari Lahir Sayang..Moga mama di murahkan rezeki serta diberkati amalan-amalan mama..

Friday, October 16, 2009

gambar-gambar kat KL


Nie masa jln2 kat Jalan TAR..Kesian kat Ariena,
Tertido budak kecik nie.


Aiman n Syamim


Dari kiri: Hasya,Nina,Ariena(tak duduk diam),Muaz and Adib.


Bersama papa tersayang


Nie pulak lunch kat IKANO..Mama tgh
tersenyum dapat minum air root bear.

Lepas mkn nasi JM briyani kat Tesco Ampang..Restoran
dia sebelah ngan restoran Linda Onn..

Pemandangan From rumah abg Fikri


Gambar nie diambil kat Ampang..saje ambil
gambar nie..time ni tgh tggu mama siap kan keje dia.
So tak tau nak buat apa..ambil la gambar.rasa mcm kat
New York City plak..

Tuesday, October 13, 2009

Aktiviti d Kuala Lumpur

Rabu minggu lepas,aku,wife n Ariena g KL..kami bertolak dr Penang lepas abis kerja..so dlm pukul 6 ptg gak la bertolak..Wife aku ada kerja kat sana..so kami plan terus bercuti kat sana..byk gak aktiviti kami kat sana..thanks for abg fikri,aiman n syamim sebab sediakan tempat tidur n belanja makan yang terbest kat KL..

Antara aktiviti kat KL..
1) Jumpa students kat kem askar Jln IPOH,Ranhill (Ampang) and Cheras.
2) Jln2 n lunch kat suria KLCC
3) jln2 kat IKEA n IKANO..byk gak shopping kat situ
4) TESCO Ampang..JM Beriani
5)Chat mlm minggu kat nasi kandar..(Area KLCC)
6)Jln kat jln TAR
7)Shah Alam (rumah kak min)

Best sgt p sana..lama rs tak bercuti ngan family..

Monday, October 5, 2009

Seminggu lepas Cuti Raya

Bz sgt2 minggu lepas..sampai blog pun tak sempat buka..nak settlekan students punye test..pastu kerja2 yg tertangguh sebelum cuti and weekend baru ni kena p kursus..penat2..penat2..gambar2 raya pun tak sempat nak update..ada masa nnti update lah..

Wednesday, September 16, 2009

Video Lawak

Selamat menonton video nie..video ni aku dapat from email..creative betul manusia nie..

Tuesday, September 15, 2009

Hujung Minggu Terakhir Bulan Puasa


Budak Comel tgh brsiap..tak nak pakai skarf..
siap nangis huhuhu..sedih tuu..


Kat Gurney Plaza..Bw Ariena bc buku kat MPH


Jeng2 jeng..barang yang aku n wife plan nk beli kat budak kecik Ariena.
Akhirnya menjadi milik dia hehehe..rantaian kasih le namanyee


Line Clear..most popular nasi kandar di Penang


Kat sini kami buka posa..Hameediyah restoren..
sedappp nasi kandar dia...

Perjalanan balik..jem la pulak kat town..


Atas feri..cantik suasana waktu mlm


Ariena n uncle Aidil..posing kat atas feri


Mama..tolong lepas kan Ariena dr pelukkan uncle..huhuhu


Hujung minggu baru nie..iaitu hari sabtu,kami sefamily termasuk uncle Ariena (adik ipar aku) telah plan nak p buka posa kat luar..buka posa kat penang (island ler)..so bangun je kami dari tido pagi Sabtu tu,kami pun bersiap p pulau..pagi2 pun pukul 10 gak bagun..plan nak buka posa jer..tetapi alang2 sampai sana..aku plan nak p Gurney plaza..nk beli barang kat budak comel Ariena..sbb tu bertolak awal..takut jem kat sana..nk raya la katakan..raya melayu,tetapi cina and india pun sibuk shopping gak..ini la dikatakan one malaysia..so far perjalan nak p gurney plaza ok je..jem sikit biasa la tu..siap naik feri lagi p sana kekeke..mcmla tak pernah naik feri..kami sampai kat sana dalam pukul 1 ptg..so berjalan n bershopping la kami kat sana..dapat jugak beli barang kat Ariena..kami kat gurney plaza sampai pukul 5 lbh..
pastu kami bertolak pulak p area Mydin..restoren kat area situ la kami plan nak buka posa..Kat area situ ada nasi kandar Line Clear n Restoren Hameydiah..kami pilih restoren Hameydiah untuk buka posa..,tapi kami p jln2 kat mydin dulu..pada masa yg sama aku p booking tempat duduk kat restoren kami nak buka posa..tempat ni kalu tak book awal memang melepas la..salah satu tempat yang Abah aku selalu bawak kami sekeluarga masa aku kecik2 lagi..bole dikatakan setiap bulan posa Abah akan bw kami buka posa kat situ..
Sebenarnya bole dikatakan tiap2 tahun aku bw mak n abah aku buka posa kat situ..tapi tahun ni abah n mak ada kerja kat Jitra,so aku n wife aku je la p..Teruskan tradisi every bulan posa..
Lepas buka posa..kami dengan perasaan puas hati..bertolak balik..sebelum sampai rumah..singgah pulak kat uptown area bandar perda (area rumah aku)..pastu baru kami balik kerumah..
Itu la cerita perjalanan kami hari Sabtu yang lepas..Besttt..tapi bulan posa dah nak abis..sedihnyee..

Tuesday, September 8, 2009

Buka Puasa With Abah N Mak



Hampir sampai Jitra



Best giler bw keta..jln clear



Muka tgh gembira,,tak byk keta,
pastu tgh layan lagu raya..




Juadah berbuka posa..Ayam masak Kuzi



Murtabak mak..tak boleh lawan ngan sapa2 pun..sedappp




Ariena tgh main ngan kakak Wawa dia



Mak ngan abah bersama ngan Alia..
Bulat betul la pipi budak kecik nie


Ariena tgh geram kat pipi alia..hahaha


Last saturday,kami sekeluarga went to kak illah house at Jitra for complete our schedule in fasting month for buka posa with abah and mak..our journey hari tu is very nice..tak byk sgt kereta kat jalan and sepanjang jalan layan lagu raya je hehehe..maklumla dah 15 day dah posa,so radio dah pasang lagu raya dah..mama n ariena pula, tido je sepanjang jalan..kami moved dari penang pukul 2pm and arrived at 4pm..aku drive slow je..sampai kat jitra hujan turun..tapi smpat jugak ptg tu turun Jitra Mall cari baju kat budak kecik ariena..

So far best sgt kat Jitra,dapat jumpa mak n abah,pastu dpt main ngan anak2 kak Illah..dah la anak dia bulat,kiranya Ariena suka main la ngan sepupu dia..Kami tido semlm kat sana..lepas buka posa hari Ahad,kami balik semula ke Penang..

Tq mak pasai buat murtabak and ayam Kuzi..emmmm sedapnyee

Thursday, September 3, 2009

Tawan KLCC paling sukar - Robert


Mcm2 karenah manusia ni..ada je idea nak buat untuk memuaskan hati..tp aku tabik la kat Alain Robert nie..tak prnah putus asa..sifat ni yang kita kena amik untuk kehidupan kita..walaupun 2 kali gagal panjat klcc..akhirnya berjaya jugak tawan puncak klcc..gila betul la dia ni..cuba bygkan dia panjat kat kubah paling atas tiang klcc tu..iskk mcmmn la dia panjat kubah tu and tiang tu..tak masuk akal betul laa..

Wednesday, September 2, 2009

Cerita Lawak : Topup RM10 Tahan Sampai 1 Bulan

Org kata pkai line lg save dr prepaid..tp korg msti trperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni..
top-pup RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan tak kira la klau korg brgayut brape lama skalipun,hantar brape juta sms skalipun..

Mungkin rezeki aku aritu,pg la jmpa makcik bau2 bacang ngn aku, dia ajr camne nk crossing account,
coz dia keje kt bhgn System Development Telecom.
kekadag aku tlg gak memenber trdekat topup, tp amik untung sket aar..

Ok, secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korg..

Timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am keats. coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try&error..

1) beli topup RM 10... gesek & ready.
2) korg type < ** REC 10 > , then send to 09901
3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.
4) pastu korg type < ** REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 09902
5) pastu diorag akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya;
<01234567891023> send to 09903
6) tak lama pastu diorg akn reply;
"ingat ni company opah kau yg punya? msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau"

hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu.. kecik ati aku..

kdg2 diorg reply lebih 'kesat' dari di atas dlm pelbagai bahasa, blh menitik air mata beb..

kahkahkah.mnazman.com

Tuesday, September 1, 2009

‘Spiderman’ muncul panjat Menara Berkembar Petronas

KUALA LUMPUR 1 Sept. – `Spiderman’ Perancis, Alain Robert yang terkenal dengan kebolehannya menakluk bangunan pencakar langit tanpa bantuan kelengkapan memanjat, sekali lagi ditahan kerana memanjat Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat itu tanpa permit, hari ini.

Difahamkan, Robert, 47, ditahan kira-kira pukul 7.40 pagi setelah dikatakan berjaya sampai ke puncak menara itu dalam percubaannya mulai pukul 6 pagi.

Ini merupakan percubaan ketiganya sejak 1997, yang mana sebelum ini dia pernah memanjat Menara 1 dan 2 namun ditahan polis ketika berada di tingkat 60 bangunan berkembar tertinggi di dunia itu. - Utusan

Friday, August 28, 2009

Kesian,Kesian,Kesian

Perkataan 'KESIAN' ini kalu kita tgk dlm kamus bermaksud 'sifat mengambil berat or simpati terhadap sesuatu'..Bagus sebenarnya jika kita selalu menyebut perkataan ni..Ini bermaksud,kita ni cukup bagus nak tolong orang..tapi bagus sgt kah kita nie..ke buat2 mcm bagus je..

Dalam agama kita pun memang dituntut untuk kita simpati or berasa tanggungjawab sesama manusia..tambahan kepada org yg betul2 susah..kita ni yang ada duit serba sedikit,mmg kena tolong org yang memerlukan..Tapi jgn la pulak,kita pun tak de duit, buat2 berlagak nak tolong org..berpada-pada lah..sekurang2nya senang sama dirasa,susah sama ditanggung(peribahasa yang tak pasti ada dlm buku ke tak)

Tolong-menolong ni ada mcm2 jenis..tolong dari segi harta,tenaga or mcm2 lg lah..terpulang la kat kita nak tolong dari segi apa..Kita ni kalu tak mampu dari segi harta,tolong la dari segi lain..tapi kalu dah tolong org tu,jgn la pulak mengungkit pulak..mentang2 la dia dah tolong org tu..sampai satu masa,mengungkit pulak..baik tak payah nak tolong.buang masa je..

Itu la nama manusia,sifat kita sendiri yang cepat kesian kat org kot..apa2 sikit kesian kat org tu,apa2 sikit kesian kat org tu,sampai bila2 la dok kesian kat org tu..tapi kalau dok selalu kesian kat org,kekadang kita lupa tentang kita sendiri..kita ni mampu ke tolong org tu..tak kisah la org tu nak berterima ksiah ke or tak..kita ni..tak de org kesian kat kita ke..Lagi belasah kita ada la kot..tambah2 kalau kita buat silap sikit..

Kekadang kita ni berusaha susah payah nak betul kan keadaan hidup kita..pergi kerja,kekdang kerja sampai malam..cari rezeki part time,sanggup sambung belajar untuk kesempurnaan keluarga...sesenang je org lain pulak yang dapat habuan..bukannya tak bole berkongsi..tapi org yang baik hati sgt tu,fikirla..jgn harap bantuan org je..cuba buat apa yg kita mampu..dah kita mampu takat tu,so kita kena tempuh la..walaupun susah..kenapa tak nak fikir sesuatu..fikir la sesuatu untuk sempurnakan keluarga..jgnla bagi org lain fikir untuk keluarga korang pulak..org lain pun ada keluarga jugak..bagi org yang suka rasa kesian kat org pulak..fikirla keluarga sama..mampu sgt kah kita nak tolong org..kekdang kita pun ada bende yang kita nak capai..so capai kan dulu bende tu..kekdang kita pun penat jugak berkerja..so faham2 lah..kekadang kita pun nak berehat..so faham2 lah..jgn dok asyik fikirkan org lain saja..Asyik kesian kat org je or asyik nak tolong org je..susah lah..kekdang tu gunalah otak yg Tuhan bagi untuk kita sendiri...Tuhan bagi otak untuk berfikir..jgn pandai bercakap je...kesian la sama kat keluarga kita..

Sekadar berkongsi pendapat..

Monday, August 24, 2009

Balik kampung..sambut puasa



Sempat cari motosikal Ariena semasa kat manjung



Ariena tgh try motor baru dia..Jgn merempit tau..



Mama n anak..sama la pulak muka




Mama tak de kerja..amik gambar ngan anak



Jam la pulak..



Ariena sempat pose istimewa



Tgk tu..gelap betul langit..keta pulak byk kat jalan



Tgn Nur Ariena tgh tekan radio kesukaan dia


Hari Jumaat lepas, kami sekeluarga balik ke kampung kat Manjung..kami bertolak selepas abis kerja..dalam pukul 7 ptg gak la..ye la kan,setahun sekali je puasa nie,so nak amik kesempatan sambut 1st ramadhan bersama2 kat kampung..
masa nak bertolak hari tu,hujan punya la lebat.kereta pun byk kat jalan..may be semua org amik kesempatan balik kg..lagi pun cuti sekolah pun dah start..rasa mcm nak balik raya pulak kekeke..
So far perjalanan mlm tu ok..hujan jugak sepanjang jln..kiranya sampai kat Manjung,org dah abis tarawikh dah..tak sempat tarawikh mlm pertama huhuhu..
Budak kecik (Nur Ariena) tido sepanjang jalan..sampai rumah atok dia,pulun lagi tido..sampai ke pagi..
Best jugak sekali sekala berkumpul adik beradik..mak masak mcm2..pastu siap masak makanan kegemaran aku iaitu mee goreng..
Kami kat Manjung sampai hari Ahad..lepas buka puasa,kami bertolak balik ke penang..
So plan lepas ni..plan nak buka puasa ngan mak n abah pulak..mak n abah sekarang ada kat Jitra pulak..so tunggu kami kat Jitra..