KUALA LUMPUR 1 Sept. – `Spiderman’ Perancis, Alain Robert yang terkenal dengan kebolehannya menakluk bangunan pencakar langit tanpa bantuan kelengkapan memanjat, sekali lagi ditahan kerana memanjat Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat itu tanpa permit, hari ini.
Difahamkan, Robert, 47, ditahan kira-kira pukul 7.40 pagi setelah dikatakan berjaya sampai ke puncak menara itu dalam percubaannya mulai pukul 6 pagi.
Ini merupakan percubaan ketiganya sejak 1997, yang mana sebelum ini dia pernah memanjat Menara 1 dan 2 namun ditahan polis ketika berada di tingkat 60 bangunan berkembar tertinggi di dunia itu. - Utusan
Tuesday, September 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment