Tuesday, May 26, 2009

Ariena di rumah wan n tok..



Rumah Tok n Wan Ariena (Bukit Aping)



Rumah wan ariena  waktu pagi..tenangnyaa



Sepupu Ariena..Wawa



Ariena tgh memerhatikan sepupu2nya dan wan..



Wawa



Sepupu Ariena..Alia..comelnyaa



Tgh try kereta sepupu hehe



Papa..belila satu kat Ariena



Comelnyeee..



Nie pun comelll

Selamat Hari Lahir papa...



Hidangan Istimewa Drpd isteriku Bihun Singapore



Yea2 dpt kad bday



Hadiah istimewa drpd isteriku..



Kotak hadiah



sampul kad bday...



Ariena tgh try basikal baru..pagi bday aku



Naik basikal sambil pegang Hp tuu..

Pada 16 Mei yang lalu, aku telah menyambut hari lahir ku yang ke 32 tahun..dah tua dah aku nie..Alhamdulillah aku ada keluarga yang sangat menyayangi aku..Aku berdoa sempena Hari lahir ku ini, Allah memurahkan lagi rezeki dan membuka hati ku untuk aku menambahbaikan ibadat ku kepada Tuhan..Amin

Friday, May 22, 2009

Wayang...



Angels and Demons..

Hari ni aku and wife tersayang pergi menonton filem 'Angels and Demons' kat TGV Jusco Prai. Mulanya tak da plan nak tgk wayang pun..lepas makan terus ke Jusco and saja ja lalu kat TGV..sekali tgk ada tayangan filem ni masa kami sampai..kiranya baru lewat 5 minit..tanya org kaunter tu,dia cakap baru je start(Iklan)..movie tu tak start lg..so terus decide tgk filem tu..

Mula2 rasa mcm bosan je cerita nie..sebab masa yang sama ada cerita 'Night At Museum 2'..cerita kelakar..so tak pe la..maka masuk la kami ke panggung 3..

Keadaan dah gelap dlm panggung..so on handphone terus cari tempat duduk..nasib baik duduk barisan belakang sekali..so tak susah la sgt nak cari tempat..tak ramai pun tgk cerita nie..masa kami masuk,cerita baru nak start..so ok la..

Start je cerita..mata aku memang tak alih tempat lain la..best gila cerita nie..

memang kena berfikir tgk cerita nie..siap discuss ngan wife,sapa yang jahat dlm cerita nie..so kena la tunggu sampai habis nak tgk sapa yang jahat..

Sebenarnye cerita2 omputih nie sama je cerita dia..tapi diorng masukkan element2 yang aku rasa mind diorng ni memang hebat..diorg buat cerita nie nmpak best..Kiranye dlm filem tu cerita pasal nak selesaikan masalah pembunuhan paderi n ada bom nak letupkan Vertican City..so ada la simbol2 yang diorg kena solve kan..Nak selesaikan simbol2 tu je cerita nie..tapi so far best la cerita nie..tak rugi bayar tiket nak tgk cerita nie..

Ada satu part yg aku rasa terkena..ingatkan dah nak abis..kiranye hero yang nmpak baik dari awal cerita,hampir terkorban nak selamatkan tempat suci diorg..siap aku n wife rs sedih nie..

last2 dia yang jahat rupanye..kekeke padan muka aku..sapa suruh tgk..

lepas tgk cerita tu terus lepak kat Nash Donut..minum air kegemaran kami..Ice Choc..ermm sedapnyee..

Try laa...

















Tuesday, May 19, 2009

Bebas H1N1-Harap-harap kita bebas la kes nie..Aminnn

Bebas H1N1 jika tiada kes esok

Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 18 Mei – Malaysia akan diisytihar bebas jangkitan influenza A (H1N1) sekiranya tiada kes terbaru dilaporkan selepas Rabu ini, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Ramlee Rahmat.

Menurutnya, tempoh tersebut adalah berdasarkan penularan virus itu yang memakan masa selama tujuh hari selepas kes pertama dikesan di negara ini pada 13 Mei lalu.

‘‘Sehingga kini belum ada kes jangkitan virus itu dikesan di negara kita dan dua kes yang dilaporkan sebelum ini dikesan dari negara terlibat, jadi mereka mungkin dijangkiti di sana.

‘‘Jika selepas 20 Mei ini, mungkin kita boleh kata tiada jangkitan virus itu di dalam negara ini tetapi tidak boleh katakan negara bebas sepenuhnya dari virus itu kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai situasi semasa H1N1 dan tindakan kementerian menanganinya di sini hari ini.

Sehingga pagi ini, sebanyak 111 kes diasingkan bagi tujuan pemeriksaan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, hanya dua kes yang dilaporkan sebelum ini disahkan positif H1N1.

Semalam, sembilan kes yang disyaki dilaporkan dan empat daripadanya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, dua di Hospital Kangar, dua di Hospital Tuanku Ja‘afar, Seremban dan satu kes di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Kesemuanya disahkan negatif H1N1 oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMP).

Pada sidang akhbar sama, Dr. Ramlee berkata, bagi perkembangan dua kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan Hospital Pulau Pinang, keadaannya kini stabil.

Menurutnya, ahli keluarga kedua-dua mangsa itu turut berada dalam keadaan sihat.

‘‘Selepas doktor membuat rawatan dan pengesahan bahawa mereka betul-betul bebas daripada virus itu, mereka akan dibenarkan pulang.

‘‘Ini biasanya pada hari kelima dan keenam daripada hari mereka mendapatkan rawatan,” katanya.

Mengenai tindakan mengesan penumpang pesawat MH091, Dr. Ramlee berkata, tujuh lagi berjaya dikesan dan kesemuanya kini dikuarantin di rumah masing-masing.

‘‘Setakat ini, mereka berada dalam keadaan sihat dan buat masa ini, kita sedang mengesan kira-kira 17 orang lagi penumpang pesawat itu.

‘‘Bagi penumpang pesawat AK 5358 pula, seramai 33 penumpang dan empat krew penerbangan telah dikesan dan mereka kini dikuarantin rumah dan berada dalam keadaan sihat. Seramai 69 lagi masih dikesan,” katanya.

Dr. Ramlee berkata sehingga pagi ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan sebuah lagi negara turut mencatat wabak itu iaitu Ecuador, menjadikan keseluruhan negara yang terlibat sehingga kini ialah 39.

Petikan Utusan Malaysia-19/05/2009

Monday, May 18, 2009

Kisah Anak Kembar......

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”


Petikan dari http://kahkahkah.mnazman.com

Selamat Hari Guru-16 Mei-

Selamat hari guru kepada semua guru-guru....termasuk kakak-kakak ku..kak min(Shah Alam) dan kak illah(matrikulasi Kedah)..semoga ceria disamping anak-anak murid yang tersayang...

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Petikan Dari Puisi Usman Awang (1979)

Friday, May 15, 2009

Wife n Husband... :)



Wife: Where is ur salary??



Wife: Show me ur pockets...



Husband: i'll not give the money....U spend all of my salary...!!!!



Wife: Give me way...i am going for shopping



Wife: Thanks Sweetheart....Bye..:)

APPLE MECCA - Biadap Betul US nie!!!





In the business area of MID TOWN MAN HATTAN in New York a new BAR is opened in the name of APPLE MECCA which is familiar to KAABA MAKKAH This bar will be used for supply of VINE and Drinks. The Muslims of New York are pressurizing Government of USA to not open this BAR.

Thursday, May 14, 2009

Wife VS Girlfrend

Difference between Wife & Girlfriend


Some people say:
Wife is a HARIMAU .................

Girlfriend is HARI HARI MAU


And some say:
Wife is like TV, Girlfriend is like Handphone (HP)

At home watch TV, Go out bring HP..

No money, sell TV. Got money change HP.

Sometimes enjoy TV but most of the time play with HP.

TV free for life but HP, if you don't pay, the services will be terminated.


TV is big, bulky and ! most of the time old but HP is cute, slim, curvy and very portable at any time.

Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often demanding..


Most Important, TV got remote but HP don't have.

Last but not least.......
TV do not have virus but HP have VIRUS......
Once get it, HABIS LAH .

So better choose TV lah



petikan dari email..

Wednesday, May 13, 2009

Gambar - Gambar Kat Bukit Merah